Posted by: maziati | October 23, 2009

MENGHADIRI KURSUS AKRAM

Pada 20 hingga 23 Oktober saya menghadiri Kursus AKRAM di Hotel Palace Kota Kinabalu. Kursus AKRAM ni ialah satu program iaitu Pembimbing Rakan Perkhidmatan Awam dan manakala akronemnya ialah Amanah Komitmen Rasional Akhlak Mulia. Pada kursus ni kami diberi pendedahan ilmu kaunseling. Untuk penghayatan dan sebagai praktikal bagi kami memahami ilmu yang telah kami pelajari maka kami di bawa melawat atau menziarah ke rumah keluarga miskin di sekitar kampung di daerah Menggatal dan Sepanggar, Kota Kinabalu. Kami kumpulan 4 telah terpilih ke rumah Puan Theresa @ Zuraini Abdullah seorang Mualaf , balu dan ibu kepada 7 orang anak (5 lelaki dan 2 perempuan). Mereka ni tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan dengan sewa 130.00 sebulan. Suami Pn Zuraini telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu dan ketika itu dia sedang mengandung (lima bulan) anak yang ke tujuh. Tanpa bantuan dari kerajaan Pn Zuraini meneruskan kehidupan dengan bekerja di rumah orang dengan gaji RM14.00 sehari. Walaupun susah keluarga Pn Zuraini ini belum pernah juga kebuluran. Oleh kerana Pn Zuraini ini berasal daripada keluarga yang menganut agama kristian maka keluarganya enggan membantu beliau walaupun sudah menjadi balu dan mereka menggangap Pn Zuraini sudah mendapat tulah (ketulahan) kerana meninggalkan agama kristian. Keluarga sebelah suami juga langsung tidak mahu membantu. Membesarkan 7 orang anak yang masih perlu bimbingan memanglah amat sukar. Semasa kematian suami anak sulong berusia 19 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan (5 bulan). Dalam meneruskan kehidupan dan mencari sesuap nasi anak-anak yang meningkat remaja mula terjebak dengan gejala dadah (sabu). Anak sulong menagih sabu, bergaduh di luar, keluar masuk penjara. Anak kedua juga menagih sabu sehingga pada masa ini dimasukkan ke Hospital Mental akibat sakit mental. Anak ketiga perempuan sempat belajar di Politeknik tetapi tak habis belajar kini dah berkahwin dan mendapat seorang anak. Mujurlah ada SPM dan dapatlah bekerja dengan kerajaan sebagai kerani. Menantu pula sombong dan enggan membantu keluarga mentua. Anak keempat juga menagih sabu, sempat masuk PLKN dan pulih, bekerja di Kilang papan dan meninggal dunia Tahun 2008 akibat sakit jantung (mungkin juga disebabkan menagih sabu sebelum ini). Anak kelima kini belajar di Kolej di Semenanjung dengan dibiayai oleh PTPTN. Anak keenam telah menduduki PMR dan dah ada tanda2 pula mengambil sabu. Anak ketujuh perempuan berusia 10 tahun masih bersekolah di Sekolah Rendah. Dalam menghadapi suasana kehidupan ini saya merasa kagum dengan ketabahan Pn Zuraini ini walaupun dugaan demi dugaan yang diterima beliau masih sempat menghadiri kelas yang dianjurkan oleh JHEINS (Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah) iaitu mereka namakan Teratak Fitrah yang diuruskan oleh saudara2 kita dari pelbagai bangsa. Beliau mula belajar tentang agama Islam pada Tahun 2007 bermula daripada kosong sehingga tahun ini 2009 Pn Zuraini sudah khatam Al Quran. Betapa gigihnya dia mencari ilmu walaupun dia tidak mendapat apa-apa elaun (atas alasan dia sudah lama memeluk agama Islam) dan jarak dari rumah beliau ke tempat belajar itu agak jauh dan mungkin memerlukan wang tambang yang banyak. Dalam menghadapi masalah Pn Zuraini akan membaca Al Quran dan sholat tahajud di waktu malam dan ini membuatkan dia tenang. Kadang-kadang Pn. Zuraini bermuhasabah diri kenapa kehidupannya sentiasa dirundung malang, apalah agaknya dosa dia sampai dugaan demi dugaan tak putus-putus  dia terima.

Apabila saya merumuskan kembali cerita Pn Zuraini ini, saya berpendapat suami nya tidak melaksanakan tanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak dan akibatnya anak-anak terabai dan mudah terpengaruh. Apabila suaminya meninggal (akibat kemalangan) tidak pula meninggalkan harta atau wang untuk isteri dan anak-anak. Ilmu agama amat penting, disusuli dengan kasih sayang keluarga dan perhatian juga tidak terkecuali.

Syukur….. Alhamdullillah ALLAH itu maha pengasih dan penyayang maka dibukanya hati Pn. Zuraini ini untuk belajar agama. Atas kegigihan beliau ini maka dalam tempoh lebih kurang tiga tahun Pn Zuraini sudah boleh duduk membaca Al Quran bersama-sama dengan orang-orang Islam yang lain (dan tidak mustahil ada juga orang yang dilahirkan Islam tidak tahu membaca Al Quran). Betapa bertuahnya arwah suami Pn Zuraini, sebab isterinya di dunia sudah boleh mengirimkan bacaan Yaasin kepada beliau di alam barzakh sana.

Bagi menangani masalah anak-anak beliau ini, Pn Zuraini sudah menghubungi Agensi Dadah Kebangsaan untuk memohon pertolongan agar anak sulong beliau dimasukkan ke Pusat Serenti untuk pemulihan. Anak kedua masih di hospital sakit mental dan  akan dibiarkan di situ sehingga anaknya itu sihat dan boleh berdikari. Anak keenam akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan air kencing sama ada positif dadah atau tidak. Sekarang ni dia mengharap kepada anak kelima yang sedang belajar dan selalu menasihati anaknya itu agar belajar dan tidak mengikuti jejak langkah abang-abangnya. Dia juga berdoa agar dibuka hati menantu lelakinya menerima keluarganya seadanya. Anak perempuannya yang bekerja itu menitipkan anaknya (cucu Pn. Zuraini) apabila mereka suami isteri keluar bekerja.

Pada saya Pn. Zuraini ialah insan pilihan yang diberi kekuatan, ketabahan dan keteguhan iman oleh Allah s.w.t dan Insyaallah berkat beliau selalu membaca Al Quran dan sholat tak tinggal maka saya yakin suatu hari nanti beliau akan menempuh zaman keceriaan di samping anak-anak beliau Insyaallah.

Apabila melihat kehidupan Pn Zuraini yang dibuang keluarga dan diabaikan oleh keluarga suami, saya sangat bersyukur dengan keluarga saya walaupun kami tidak sama agama tetapi hubungan kami amat rapat dan semua keluarga memahami. Saya tidak ragu-ragu untuk bermalam di rumah keluarga yang beragama kristian sebab mereka akan menyediakan peralatan memasak yang baru yang tidak pernah mereka gunakan. Mereka sediakan peralatan itu untuk kami yang beragama Islam apabila kami datang berkunjung ke rumah mereka (saya mempunyai 9 orang adik beradik – 6 orang kristian dan 3 orang Islam semuanya perempuan). Keluarga sebelah suami juga sangat baik dan akrab dengan saya, boleh bergurau senda dan menerima saya seadanya. Alhamdullillah…..syukur kepada ALLAH.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: