Posted by: maziati | October 14, 2009

Muzakarah

Sahaja Aku Belajar Dan Mengajar Kerana Allah Taala……Kena pasang niat dulu sebelum bermulanya Muzakarah. Begitulah nasihat ustaz.

Kini jabatan kami melalui satu peningkatan ke arah kebaikan dalam mengamalkan nilai-nilai murni. Setiap hari Isnin hingga Khamis sebelum masuk masa kerja iaitu jam 7.30 hingga 8.00 pagi diadakan Muzakarah (iaitu ustaz akan mengambil satu ayat dari Al Quran dan akan menghuraikan dan memberi penjelasan akan erti serta hikmah ayat itu diturunkan). Kehadiran dibuka kepada semua pegawai dan staf. Pada hari Jumaat pulak adalah hari kami membaca Yaasin beramai-ramai dan selepas itu mendengar tazkirah.

13/10 Hari pertama saya hadir kelas muzakarah. Semasa saya masuk,  kelas dah bermula. Saya pun memberi salam dan terus mengikuti kelas. Tajuk yang diperbincangkan pada hari itu ialah Taqwa. Taqwa ialah beriman kepada Allah (iaitu buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang). Lakukan amalan baik berterusan (istiqamah). Untuk meningkatkan iman, buatlah  sholat sunat, puasa sunat, berzikir dan membaca Al Quran. Iman akan tercabut jika berlaku zina, mencuri, membunuh dan yang sewaktu dengannya. Jika kita berwirid dan memperbanyakkan zikir, jiwa dan hati kita akan menjadi tenang (bahagia), diberi kekuatan rohani, dilindungi dan dihindar dari perkara-perkara yang buruk.Iman akan mengekang nafsu kita.

Sembahyanglah di awal waktu. Jangan tidur di waktu malam sebelum sholat isyak. Jangan tidur selepas subuh (mewarisi kepapaan). Kalau nak tidur juga maka tidurlah apabila matahari dah naik. Jangan tidur selepas asar (mewarisi gila). Jangan tidur selepas maghrib. Jika keadaan ini terbabas juga maka cepat-cepatlah bertaubat dan mengharap kemaafan dan keampuanan dari Allah s.w.t.

Orang Islam itu bersaudara. Tolong menolong, bertolak ansur di antara satu dengan yang lain. Iktikad percaya kepada Allah dan Nabi sebagai Rasul.  Pelihara Silaturrahim. Jika kita ada harta bersedekahlah dan utamakan kepada ahli keluarga, adik beradik yang susah yang memerlukan. Ajak kawan-kawan kita untuk berbuat baik (amal makruf nahi munkar).Jika kita melihat orang yang melakukan maksiat, ubahlah dengan tangan atau dengan mulut dan jika kita tak mampu maka ubahlah dengan hati.

14/10 Saya datang awal sikit. Kelas belum bermula. Hari ini sambung lagi mengenai Taqwa. Perbezaan di antara muslimin dan mukminin. Muslimin ialah orang Islam yang hidup sebagai seorang Islam dengan mengerjakan perkara asas dalam kehidupan seorang Islam (contoh: jika orang berbuat jahat kepada dia maka dia juga akan membalasnya dengan kejahatan). Mukminin pulak seorang Islam yang beriman (contoh jika orang buat jahat kepada dia maka orang mukmin ini akan membalasnya dengan kebaikan).Ciri-ciri orang bertaqwa; Allah lindungi, tenang, mendapat ilmu laduni (iaitu Allah beri kita kefahaman dalam agama), mampu membezakan apabila timbul kekeliruan, tidak mudah sedih/gelisah, terpelihara dari tekanan hidup, rezeki sentiasa datang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, dihapuskan segala kesalahan dan diberi ganjaran yang besar, mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Syurga itu diwariskan kepada orang-orang yang bertaqwa.

15/10 Saya terlewat sedikit. Ustaz masih membincangkan mengenai taqwa. Ketakutan hanya kerana Allah.Allah lebih sayang kepada orang Islam sebab itu orang Islam lebih banyak menerima ujian. Kita dilarang dari melihat sihir atau silap mata kerana ditakuti boleh menjadi kufur. Ingat 2 perkara  (1) ingat kejahatan kita kepada orang itu (2) ingat kebaikan orang itu kepada kita. Lupa 2 perkara (1) lupa kebaikan kita kepada orang itu (takut mengungkit) (2) lupa kejahatan orang kepada kita (takut jadi dendam).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: