Posted by: maziati | October 12, 2009

Open House

Hari Raya tahun ini kami balik ke kampung. Saya ingat lepas raya ni bolehlah rehat sebab masih ada sisa sisa keletihan setelah berjalan nun jauh ke Alor Setanggok Gunung Semangol Perak. Balik ke Labuan pada 26/09 dan pada 27/09 terus mulakan Puasa 6 nak cari pahala lebih. Setelah 5 hari berpuasa,  adalah pulak mesyuarat untuk unit kami dan makan disediakan, tergoda pulak. pada hari Sabtu dan Ahad ramai kawan kawan jemput ke rumah terbuka mereka. tergoda lagi. Pada hari Isnin tak boleh tidak mesti sambung puasa untuk mencukupkan 6 hari. Alhamdullillah.. selesai juga puasa 6 tahun ini. Syukur Alhamdullillah..

Pada 10/10 sambutan Hari Raya untuk jabatan kami diadakan di Pusat Ko. Pelbagai makanan disediakan, seperti nasi empat dengan rendang daging dan ayam, nasi tomato dengan ayam masak merah, nasi putih dengan lauk sambal sotong dan sayur campur, nasi dagang dengan ikan tongkol masak kari, laksa penang, soto, satay, kolupis dan lamban bersama gulai kari daging, kek durian, kek coklat dan kek butter, pelbagai biskut raya, salad buah-buahan dan pelbagai jenis minuman seperti cendol, sirap bandung, air limau asam boy, sirap anggur dan air mineral…wah hebat macam buffet di hotel pulak. Saya hanya sempat merasa kolupis dengan gulai daging, laksa, nasi dagang, soto, salad buah-buahan dan pelbagai jenis minuman dan 2 cucuk satay.

Bila ramai kawan kawan dah buat open house tu suami pun mula berkira kira nak buat juga, katanya nak jemput  kawan kawan  dan jiran sahaja. Kami pun merancang menu yang akan disediakan pada open house kami itu. Kami bersetuju menyediakan soto (memang inilah menu setiap tahun) he he he… nasi putih, udang masak sambal,  chicken wing goreng, sayur campur dan ayam masak peria. Minuman air sirap sahaja. Saya sediakan juga rojak buah (jambu batu, nenas, timun dan apple hijau – kuah rojak saya beli di R&R Tapah  Perak). Saya mula merebus tulang di sebelah malam supaya daging lembut dan tentu sedap dimakan nanti. Chicken wing dan udang saya dah bersihkan dan simpan dalam peti sejuk. Pada 11/10 selepas sholat subuh saya mula membersihkan kawasan luar rumah. Saya dan suami bergotong royong menyapu dan mencuci lantai biar tidak berhabuk dan selesalah tetamu yang datang nanti. Setelah semuanya bersih dan kemas saya pun mengatur langkah ke dapur. Suami pula keluar ke bandar mencari ais dan buah-buahan. 2 pendekar tu masih dibuai mimpi. Bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 1.00 petang semua menu yang dirancang telah siap dimasak kecuali buah-buahan belum sempat dipotong. Suami pula menyediakan air sirap. Saya cepat cepat ke bilik air untuk mandi dan terus sholat zohor. Open house bemula jam 2.00 petang. Belum habis sholat zohor dah ada orang memberi salam, rupanya dah ada kawan yang tiba lebih awal sekitar jam 1.20 petang. Saya tergelak sendiri kerana makanan belum pun sempat di letak di atas meja. Sebelum tu pun ada kawan telefon nak datang jam 1.00 petang tapi oleh kerana saya baru bersiap nak mandi jadi terpaksalah saya minta mereka datang jam 2.00 petang. Oleh kerana kawan ni dah sampai awal maka terpaksalah dia membantu suami meletak letak makanan di atas meja he he he.Selesai sholat,  sekitar jam 1.40 petang kawan kawan, jiran dah mula datang berduyun-duyun sehingga jam 6.00 petang. Setelah tetamu akhir balik saya terus mengemas dan menyapu, menyusun kerusi dan aktiviti mengangkat meja-meja masuk ke dalam untuk di letak di tempat asal. Setelah masuk waktu maghrib saya pun mandi dan sholat. Selesai sholat dan mula mencuci pinggan mangkuk yang masih berlonggok dalam besen, tiba tiba suami memberitahu ada tetamu. Bila saya keluar rupanya jiran yang sengaja datang sebelah malam sebab lebih suka duduk bersembang lama-lama. Maklum sajalah suami saya itu suka melayan dan berbual. Saya sibuk lagi memanaskan sup yang masih ada dan mengoreng chicken wing untuk dimakan bersama nasi. Kemudian datang lagi kawan kawan yang tak sempat datang tadi siang menjadikan tetamu saya di sebelah malam itu 6 orang. Mujurlah kuah soto masih ada dengan daging, bolehlah mereka makan sambil bersembang. Sekitar jam 9 malam mereka pun beredar dan aktiviti kemas mengemas pulak. Sekitar jam 11 malam badan saya terlalu letih dan selesai sholat Isyak saya pun terus tidur. Esok pagi selepas sholat subuh saya sambung semula aktiviti mencuci pinggan mangkuk, periuk belangga yang tergendala malam tadi. Suami pula sibuk mengemas baju kerana terpaksa’ out station’ ke Kota Kinabalu dan esok terbang pulak  ke KL. Saya pula ada mesyuarat di jabatan maka tak dapatlah mengambil cuti rehat. Balik kerja jam 9.00 malam (terpaksa kerja over time sebab banyak baucar menunggu untuk disemak). Balik rumah adalah pula aktiviti mencuci kain baju yang bertimbun yang tak sempat dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Hai nasiblah badan….Anyway penat dan keletihan menyediakan makanan untuk kawan-kawan berbaloi sebab mereka kata soto dan sambal udang yang saya masak itu ada rasa he he he. (mana tidaknya rempah soto muar yang tidak asing lagi tu). Tahun depan Insyaallah menu yang lebih simple tetapi menyelerakan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: