Posted by: maziati | October 5, 2009

Sampaikanlah….walaupun satu ayat.

Keluarkanlah bahasa yang baik-baik dari mulut anda nescaya kesudahannya juga baik kerana ia merupakan satu doa. Berbaik sangka adalah sifat mulia dan patut ada dalam diri kita. Menahan diri dari marah adalah sifat terpuji. Saling memaafkan perlu diamalkan dalam kehidupan kita bermasyarakat. Andai sifat-sifat terpuji ini kita amalkan dalam kehidupan kita seharian Insyaallah….. yakinlah.. Allah sentiasa melindungi kita, doa kita termakbul, murah rezeki, sentiasa berlapang dada, bersyukur dengan nikmat Allah dan apa jua yang terjadi dalam kehidupan kita tidak perlu dikesalkan atau dipertikaikan kerana mungkin dengan kejadian atau peristiwa yang kita lalui pada waktu itu (mungkin menyebabkan kita marah, menyesal dan sakit hati) ada hikmahnya yang Allah saja mengetahui segalanya.

Rentetan peristiwa yang boleh diambil sebagai iktibar……..

Balasan baik:

Pada suatu hari, semasa kami balik ke kampung suami, saya dan suami ke Pekan Bukit Gambir mencari sedikit barang keperluan. Suami meminjam van adiknya. Semasa di Pekan seorang apek tua memohon bantuan dari orang-orang yang lalu lalang di Pekan itu agar menghantarnya pulang ke rumah. Apek itu meminta suami untuk menghantarnya pulang. Suami merasa simpati dengan apek ini (kerana dalam hatinya apek ini serupa macam pak mertuanya iaitu mendiang bapa saya). Suami pun bertanya dimana rumahnya, tapi apek itupun tak faseh berbahasa melayu. Apa pun suami berusaha membantu apek itu dan kami pun bergerak menuju ke Kg Sungai Bilah. Dalam perjalanan ada deretan kedai dan suami memberhentikan kereta dan bertanya dengan seorang lelaki cina dan minta dia bertanya dengan apek ini dimana rumahnya. Apek itu bercakap dalam bahasa cina dan lelaki tersebut memberitahu suami rumahnya di Taman Sri Jaya. Kami pun menghantar apek itu ke Taman Sri Jaya dan dia dapat mengenali rumahnya. Apek itu sampai ke rumahnya dengan selamat. Kami pun balik semula ke Pekan. Suami meletakkan kereta di hadapan kedai dan turun membeli capal. Saya dengan seorang anak tinggal dalam kereta. Tiba-tiba anak saya itu menurunkan hand brake dan kereta itu menjunam menuju ke kedai di hadapan dan menghentam pasu-pasu bunga dan pecah. Taukeh-taukeh berlari mendapatkan kami dan masing-masing hendak membantu dan mereka tidak marah sedikit pun walaupun banyak pasu-pasu bunga mereka pecah. Masih saya ingat mereka berkata…Tak apa yang penting you punya anak selamat. Kami pun terus beredar sambil memohon berbanyak maaf  kepada mereka. Dalam perjalanan pulang, kami bercerita mungkin kerana kita telah menolong apek tadi maka kita pun mendapat balasan yang baik. Peristiwa ini masih segar dalam ingatan dan bersyukur kepada Allah atas segalanya.

Hikmah di sebaliknya:

Pada Hari Raya yang lepas kami balik beraya di kampung suami. Selepas Hari Raya kami telah merancang untuk pergi ke Perak menghantar pinangan untuk anak kedua saya dengan gadis pilihan. Pada Hari Raya Ketiga di sebelah petang kami ke Pekan Bukit Gambir untuk mengambil tempahan hiasan bakul dan bekas kek. Dalam perjalanan balik ke rumah, dan kereta berhenti di trafik light tiba-tiba terasa kereta bergegar dan keluar asap. Saya pun memberanikan diri dan membuka pintu kereta dan saya nampak air mengalir dengan banyak. Suami terus meletakkan kereta di tepi dan memasang signal. Saya terus menelepon anak sulong yang kebetulan menuju  ke Pekan Bukit Gambir. Kereta pun diisi air. Kami berjalan perlahan-lahan tapi beberapa minit bergerak temperature naik tinggi. Suami memberhentikan kereta di tepi jalan dan menghubungi suami adiknya untuk mengambil kami balik ke rumah dan kereta di tinggal di Pekan Bukit Gambir. Esoknya suami dan anak sulong ke Pekan Bukit Gambir dan membawa kereta itu ke workshop. Hos radiator perlu diganti kerana sudah reput dan cina workshop itu menasihatkan beberapa benda lagi perlu diganti baru kerana nak berjalan jauh. Suami ikut saja nasihat cina itu dan hanya dikenakan bayaran termasuk upah RM90.00 sahaja. Alhamdullillah syukur……. kalaulah kereta itu tidak meragam sebelum kami ke Perak, apalah yang akan terjadi dalam perjalanan sejauh itu, melalui highway pulak…merentasi beberapa negeri….melalui bukit-bukit. Ya Allah Engkau Maha Mengetahui segalanya…Subhannallah…Walhamdullillah…Wala ilahaillalah…Walahu Akbar…Lahaula Walaquwata illah billahilaliyilaziim…….Sesunguhnya hikmah yang kita dapat dari peristiwa itu besar ertinya bagi saya dan keluarga.

Jangan bertindak melulu tanpa usul periksa:

Pada suatu hari…….. saya dikejutkan oleh seseorang yang menyampaikan berita kurang baik terhadap suami. Individu ini beria-ia agar saya mempercayai kata-katanya dan dengan harapan saya percaya dan tergugat dengan berita yang dia sampaikan itu. Saya dengan selamba menjelaskan kepada orang ini bahawa saya lebih mengenali suami saya, saya tahu di mana dia pergi dan dengan siapa dia pergi, but anyway saya akan tanya kemudian. Tapi yang heran orang ini pura-pura bercakap..tak perlulah bagi tahu suami cukuplah kalau saya tahu. No way man.. saya bukan orang seperti itu, saya ada prinsip… saya tidak percaya dengan sebarang cakap yang tidak masuk akal, siapa tahu ini merupakan fitnah semata yang mahu meruntuhkan keluarga kami yang boleh dikatakan bahagia walaupun tidak kaya. Orang ini mula menyebarkan cerita2 berbau fitnah terhadap suami saya. Rakan-rakan sewaktu dengannya mula percaya dengan cerita2 yang di sebarkan dan mula menyindir-nyindir saya. Sebagai manusia biasa saya pun naik angin masa itu dan saya mengatakan kepada mereka ‘jangan membuat fitnah..Tuhan tu ada…orang yang jahat itu sangat sakit apabila nak mati’.  Mujur saya tidak cepat melatah dan semakin orang ini menabur fitnah semakin saya simpati dengan suami dan berusaha lagi menjaga kerukunan rumahtangga kami hingga akhirnya dia mengalah. Untuk itu jauhilah diri kita dari membuat fitnah sesama saudara kita kerana fitnah itu lebih hebat dari membunuh. Alhamdullillah…. kerana jati diri saya kuat maka saya berjaya menyelamatkan keluarga saya dari menjadi mangsa fitnah orang-orang tak bertanggungjawab. Sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya itu Insyaallah Allah makbulkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: