Posted by: maziati | August 19, 2009

Menjaga Suami Sakit

Bila sebut suami…insan inilah teman kita untuk sepanjang hayat kita InsyaAllah, di waktu susah maupun di waktu senang. Ini adalah janji kita semasa diijab kabul sebagai suami isteri. Kita redha menerima suami atau isteri kita itu seadanya. Pada hakikatnya semasa kita berkenalan dan bercinta mungkin… semuanya cantik belaka dan tidak ada cacat celanya tapi apabila kita sudah selamat menjadi  suami isteri, tinggal sebumbung, tidur sebantal dan berkongsi kehidupan sama ada susah atau senang, maka barulah kita nampak kelemahan ataupun kekurangan pasangan masing masing, itu tidak dapat kita nafikan. Namun kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang menuju kejayaan.

Setelah mempunyai 4 orang anak kesemuanya lelaki (pada tahun 1988) suami saya pertama kali disahkan sakit (darah tinggi), dirawat di hospital selama 9 hari. Oleh kerana saya takut memandu (walaupun ada lesen) maka saya berulang alik naik bas menjenguk suami di hospital. Pada waktu malam, suami terpaksa saya tinggalkan dalam jagaan nurse untuk balik ke rumah menjaga anak anak yang masih kecil (1-5 tahun). Bermula dari situ suami kena pantang makan dan bergantung kepada ubat. Setelah mendapat 5 orang anak dan pada tahun 2006 suami saya sekali lagi dimasukkan ke hospital selama 4 hari (darah pekat pula..cholesterol tinggi), kena buat stress test dan tidak berjaya, suspect penyakit jantung pula, tapi doktor belum dapat mempastikan lagi. Pada tahun 2007 semasa membuat pemeriksaan kesihatan untuk menunaikan Haji, kesihatan suami saya ditahap bahaya. Suami di arah menjalankan pemeriksaan di hospital Queen KK, doktor memaklumkan 70% kemungkinan penyakit jantung dan suami tidak dibenarkan menunaikan Haji pada tahun itu. Suami menitis airmata dan pada malam itu suami dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Saya terima dengan redha dengan keadaan suami saya ini, tetapi jauh di lubuk hati saya Allah saja yang Maha berkuasa atas segalanya, saya tetap yakin kami akan menjadi tetamu Allah pada tahun itu. Saya dengan tulus ikhlas bercakap dengan doktor perempuan yang beragama Islam bahawa semua perkara adalah ketentuan Allah (ada juga jemaah yang naik haji tu sihat walafiat semasa di tanah air dan meninggal di Mekah dan ada juga orang tua yang uzur lemah dan sakit tetap boleh mengerjakan haji dengan sempurna dan dengan sihat dan selamat balik ke tanah air). Doktor tu semacam marah dan mengatakan bahawa itu untuk orang yang sihat jantungnya dan bukan macam suami saya…risikonya sangat tinggi. Bagi saya Allah tetap berkuasa dan amat penyayang kepada umatnya. Alhamdullillah….naik haji juga kami pada tahun itu….syukur Alhamdullillah…..

Di Madinah suami masih sihat. Di Mekah suami mula ada tanda tanda mudah penat. Sesekali demam dan batuk batuk, tak berselera nak makan. Menu pula asyik daging saja, suami pula kena pantang makan daging. Di Mekah saya bawa suami ke klinik dan diberi ubat. Suami sihat semula dan boleh berulang alik ke Masjidil Haram.Di Arafah dan Muzdalifah suami masih sihat. Di Mina suami mula demam, keletihan dan mengah mengah terutama sekali  apabila menaiki sedikit bukit ke tempat melontar jamrah. Saya bawa suami ke klinik dan dimasukan air sebab badan suami sudah kekurangan air. Suami terus demam panas sampai kami kembali ke Mekah. Saya biasalah merawat suami sehabis ilmu yang saya ada, ambil tual basah dan tekap pada kepala suami saya dan baca Alfatihah dan tanpa putus berdoa kepada Allah.(terfikir juga di hati saya, apakah saya nanti dipersalahkan kalau apa2 terjadi pada suami, kerana sayalah yang kuat mau mengerjakan rukum Islam kelima itu tanpa mau menoleh ke belakang lagi, dengan alasan saya sudah cukup bersedia dan saya sangat yakin dengan ketentuan ALLAH). Alhamdullillah ….semuanya berjalan dengan lancar dan dapat mengerjakan Haji dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air. Sampai di Malaysia suami masih batuk batuk dan berat badan turun lebih kurang 5 kilo…kena beli seluar lain…yang ada dah longgar he he he.

Kembali ke Labuan pada 1 Januari 2008. Pada 7 Januari 2008 saya dan suami ke Hospital Queen untuk tamu janji dengan doktor pakar jantung. Pada 21 Januari 2008 dimasukkan ke wad di Sabah Medical Centre KK untuk Angiogram (pemeriksaan jantung), dan didapati ada 2 setengah saluran darah ke jantung tersumbat, perlu pembedahan segera dan doktor pakar mensyorkan pembedahan dijalankan pada 23 Januari 2008 di tempat yang sama. Suami menolak dan minta pembedahan dijalankan di IJN (Institut Jantung Negara KL). Kembali ke Hospital Queen KK, buat temu janji dengan doktor pakar dan tarikh pembedahan di IJN dijangka pada 31 Mei 2008. Sebelum ke IJN KL, saya dan suami berulang alik ke Hospital Queen KK untuk ujian darah. Kami bertolak ke KL pada 29 Mei 2009 dan bermalam di rumah anak kedua di Setapak. Pada 31 Mei 2008 jam 2.00 petang di hari orang orang di Sabah meraikan pesta kaamatan saya dan suami ke IJN untuk rawatan selanjutnya. Sebelum dimasukkan ke wad, suami dibawa masuk ke bilik rawatan dan diambil sample darah dan selepas itu dibawa ke wad dengan kerusi roda. Kami ditempatkan di wad Melor tingkat 4, kelas satu bilik berdua. Biliknya selesalah juga, diantara pesakit yang satu lagi dipisahkan dengan langsir, masing masing ada tv dan ada berkongsi bilik air. Kebetulan bilik suami saya itu disebelah tepi mengadap KLCC. Pada waktu malam…alangkah indahnya Kual Lumpur dengan lampu lampu, taklah boring. Saya pula kena duduk saja dan hanya di waktu malam jam 8 saya dibenarkan mengambil kerusi lipat untuk baring tidur, dan kembalikan ke stor sebelum jam 7 pagi esoknya. Untuk makan tak menjadi masalah, di tingkat bawah ada cafe, bermacam macam makanan disediakan, sediakan duit saja. Sebelum menjalani pembedahan pelbagai urusan yang suami dan saya kena lalui. Diberi taklimat mengenai sebelum, semasa dan setelah pembedahan dilakukan. Dipanggil oleh doktor dan dimaklumkan tentang risiko dalam menjalani dan tidak menjalani pembedahan. Kita diminta membuat pilihan yang tepat, jika kita bersetuju maka turunkan tandatangan. Suami tanpa fikir panjang panjang lagi, tandatangan saja pada borang tanda setuju (yalah kalau nak tolak, tak payahlah kita susah susah ke IJN). Setelah bersetuju, mulalah sesi persediaan seperti bercukur, menonton video mengenai pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan dan keraplah doktor datang untuk memberi kata kata semangat.

Pada malam 5 Jun 2009, suami diminta bersedia dan diberi ubat tidur (supaya tidur awal, tenang dan tidak banyak berfikir). Selepas sholat hajat suami pun tidur. Pada 6/6/2008 hari Jumaat selepas sholat subuh, suami pun mandi dan bersiap untuk ke bilik pembedahan. Pada jam 7.15 pagi suami dibawa ke bilik pembedahan dengan diiringi oleh saya, anak kedua dan keempat, adik(suami) dan suaminya. Sekali lagi suami diberi ubat dan suami dah mula mengantuk sebelum ditolak ke bilik pembedahan. Lebih kurang jam 3.00 petang, waris suamipun dipanggil untuk masuk ke bilik ICU untuk menjenguk suami. Saya dan dua anak masuk ke ICU dan suami masih belum sedar (memang diberi ubat tidur agar suami boleh berehat dan tidak merasa sakit). Lebih kurang sepuluh minit kami pun diminta keluar. Saya dan dua orang anak pun turun ke cafe untuk makan. Semasa di cafe kami dipanggil oleh security, doktor nak jumpa. Saya dan anak anak bergegas naik ke bilik ICU dan dua orang adik suami juga sudah datang. Saya dan adik ipar masuk ke bilik ICU dan doktor memaklumkan bahawa keadaan suami sedikit kritikal pada masa itu dan mereka akan berusaha membantu. Saya terima dengan redha dan berdoa kepada Allah agar suami dipermudahkan dan selamat. Pada malam itu saya, tiga orang anak (anak sulong, kedua dan keempat), adik ipar tidur di bilik menunggu, takut kalau kalau doktor akan panggil lagi. Alhamdullillah sehingga pagi tiada apa apa panggilan dari bilik ICU.

Kami sholat subuh di surau tingkat 4 dan semua beg pakaian kami tumpang simpan di surau itu. Pada jam 12.00 tgh masa melawat telah tiba. Kami pun beratur untuk masuk ke bilik ICU. Satu pesakit hanya 2 orang pelawat saja (kad untuk 2 orang saja). Saya dan adik ipar masuk dan tengok suami dan sedar…Alhamdullillah…. kata nurse dia sedar jam 11.00 pagi. Saya hanya dapat memegang tangan suami kerana banyak wire bergayutan di badan suami dan ada 3 mesin dipasang untuk membantu pemulihan seterusnya. Malam kedua saya dan adik ipar tumpang tidur di surau dengan beberpa orang lagi yang juga menunggu suami atau anak mereka yang masih ditahan di bilik ICU. Saya dan adik ipar bermalam di surau sehingga malam kelima. pada 11/5/2008 suami saya dimasukkan ke wad biasa.  Adik ipar pun balik ke kampung dan sayalah setia menemani suami bersama anak anak yang datang pada masa melawat. Pada 18/6/2008 kami pun dibenarkan balik ke rumah. Alhamdullillah…sebelum balik ke Labuan kami menumpang tinggal di rumah anak kedua di Setapak. Malamnya suami tak berapa sihat, muntah muntah dan pening kepala. Esok pagi selepas sarapan muntah lagi. Saya berusaha menelepon IJN dan memaklumkan keadaan suami saya. Pihak IJN mensyorkan suami dibawa ke bahagian kecemasan. Saya memaklumkan anak sulong di pejabatnya untuk membawa abahnya balik ke IJN. Setelah menunggu beberapa jam lagi doktor pun memeriksa dan suami dalam keadaan baik tetapi terkena gastrik sebab tak makan (suami memang tak berselera makan nasi). Doktor pun memberi suntikan dan beberapa jenis ubat. Pada 20/6/2008 kami balik ke Labuan. Suami diberi cuti sakit sebanyak 61 hari dari tarikh masuk wad. Saya mengambil 1 minggu lagi cuti untuk menemani suami di rumah. Tiga hari balik ke Labuan saya bawa pula suami ke bahagian kecemasan Hospital Labuan, sebab suami tak dapat buang air besar. Seminggu kemudian suami dipanggil pula ke Hospital Queen KK untuk pemeriksaan susulan. Minggu seterusnya dipanggil lagi untuk rawatan susulan dan balik dari KK suami terus demam. Malam itu selepas balik dari KK saya bawa lagi suami ke bahagian kecemasan hospital Labuan. Apabila doktor periksa suhu badan suami tinggi dan perlu dimasukkan air. Suami dimasukkan ke wad lagi selama 4 malam. Siang ditemani anak ketiga kerana siang saya pergi kerja (cuti tinggal sedikit) dan pada sebelah malam saya pula menemani suami. Selepas 4 malam di hospitak suami pun dibenarkan balik ke rumah.

Alhamdullillah… suami semakin pulih setelah susulan rawatan di IJN dan Hospital Queen KK. Syukur ya Allah…..Alhamdullillah.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….kini suami sudah bekerja semula dan kerap ‘out station’ tetapi saya sentiasa mengingatkan dia ubat ubat yang perlu dibawa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: