Posted by: maziati | August 14, 2009

Kereta…….

Kereta pertama kami ialah Datsun 120Y warna biru, lupa nombor. Dibeli oleh suami sebelum anak kedua kami dilahirkan iaitu pada tahun 1983. Pada tahun 1988 apabila suami dinaikkan pangkat dan ditukar ka Labuan sempat juga kami membawa kereta ini bersama.

Pada bulan Oktober 1988 suami bercadang untuk menukar kereta baru dan lebih selesa kerana anak2 semakin membesar.Kereta Kedua kami ialah Toyota Lite Ace  Van warna coklat, SL3294.Kereta ini dijual pada tahun 2001.

Oleh kerana saya tak berani memandu van kerana menggangap ianya besar maka saya bercadang membeli kereta yang lebih kecil.Kereta pertama milik saya sendiri ialah Charade Warna Putih SL982 yang saya beli pada tahun 1992.Kereta ini saya gunakan untuk ke tempat kerja dan juga apabila saya ke kelas agama dan kelas memasak di hujung minggu.Kereta ini saya jual kerana bercadang pula membeli kereta yang lebih selesa sedikit.

Kereta kedua milik saya Proton Wira 1.3 LA2459 warna biru setelah menjual kereta charade pada tahun 1994. Pada tahun 2004 kereta ini saya tukar nama kepada anak sulong saya Sufri dan hantar ke Semenanjung bagi memudahkan dia ke tempat kerja apabila musim hujan.Kereta ini sekarang dah ditukar ke warna putih pulak. Bentuknya pun dah lain.Sekali sekala kami pinjam pakai apabila kami balik bercuti ke Semananjung.

Pada tahun 2001 bulan Oktober 2001 suami beli pulak Proton Wira 1.5 LB3110 warna maroon atas loan kerajaan.Oleh kerana saya dah ada kereta sendiri pada masa itu, van lite ace pun kami jual.

Pada tahun 2003 kawan baik kami berhasrat untuk menjual kereta Honda Accord 2.0 dan menawarkan kepada suami saya. Oleh kerana suami saya ini memang minat dengan janama Honda maka dia pun belilah kereta itu atas nama saya.Kereta ketiga milik saya Honda Accord 2.0 LA9337 warna maroon..Oleh kerana saya tak biasa memandu kereta automatik maka saya tukar dengan suami dan saya tetap menggunakan Ptoron Wira sahaja. Saya lebih selesa menggunakan kereta manual.Kereta ini saya jual pada tahun 2009.

Apabila kereta Proton Wira dah habis bayar dan saya bercadang membeli kereta yang lebih selesa sedikit. Memandangkanb di Labuan ini majoriti penjawat awam (dari Pembantu Am Pejabat sehingga pegawai tinggi) mampu memiliki Honda maka kami pun cuba2 ke premis menjual Honda dan mula mendengar pujukan demi pujukan salesman dan tanpa berlengah kami pun membuat tempahan pada bulan Jun 2009.Kereta keempat milik saya ialah Honda Civik 2.0 LD1659 warna silver alabaster,dengan harga RM82,000.00 dibayar ansur-ansur selama 7 tahun. Nombor kereta ini sengaja saya beli dengan harga RM360.00. Nombor 1659 adalah sempena tarikh kelahiran saya 1/6/1959.Kereta baru ini kami bawa balik ke rumah pada 14 Ogos 2009.

Anak no.3 eby pulak berminat untuk memiliki motosikal sendiri. Pada tahun 2009, ada kelebihan rezeki maka dia pun membeli motosikal jenama LC135 Yamaha no. 1285 juga bersempena tarikh lahir eby 1/2/1985.

Syukur Alhamdullillah…….. dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: