Posted by: maziati | July 18, 2009

Bersyukur Menjadi Seorang Islam…………

Semasa kecil saya adalah penganut kepada agama orang tua saya iaitu Buddha. Setelah bersekolah di Sekolah Mubaligh iaitu Stella Maris dan St Francis Convent, saya mula belajar mengenal hidup beragama. Saya memeluk agama kristian (Roman Katolik). Saya suka kepada hidup yang berperaturan. Sekurang-kurangnya dalam sehari itu saya ada memohon ampun atau memohon doa yang baik-baik kepada Tuhan. Pada hari Ahad saya ke gereja, memohon ampun lagi dengan membuat pengakuan atas dosa-dosa yang telah saya lakukan selama seminggu itu. Bagi saya pada masa itu, kalau kesilapan, kesalahan atau dosa yang telah saya lakukan dan membuat  pengakuan kepada Paderi maka saya terasa lega dan balik dengan hati yang tenang. Setelah saya berusia 19 tahun saya ditawarkan bekerja di sekolah dan rakan-rakan sekerja terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam. Saya bergaul dengan mereka, belajar cara hidup mereka, dan apabila tiba Hari Raya saya selalu dijemput ke rumah mereka dan ada pula kawan-kawan tu rajin membawakan saya kuih-kuih raya. Saya mula suka dengan cara hidup mereka. Apabila saya ke geraja saya mula memerhati sekeliling dan membuat perbandingan. Saya memikirkan cara hidup orang-orang Islam lebih teratur. Mungkin jodoh saya telah sampai.. maka seseorang telah datang secara gentleman bertanya sama ada boleh menerima dia sebagai teman (Dialah suami saya sekarang). Saya tidak memberi jawapan yang pasti tetapi membiarkan persahabatan itu berjalan seperti biasa dan sampailah pada suatu masa itu rakan-rakan nya mensyorkan agar kami bertunang agar saya boleh memeluk agama Islam. Tidak seperti yang dirancang keluarga saya menentang keras kalau saya memeluk agama Islam (faham-faham sajalah). Suami saya membelikan saya buku agama dan setiap hari Jumaat dia minta saya pergi ke rumah Ustazah untuk kenal-kenal agama Islam. Saya masih ingat, suami ustazah tu (sekarang dah kembali ke Rahmatullah) menunjuk cara sembahyang dan hikmah yang kita perolehi dari aktiviti sembahyang itu. Selain menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, ia juga sebagai riadah kepada kita, bentuk senaman yang natural dan boleh mereggangkan sendi-sendi kita. Saya melihat dan mendengar sekaligus membuat saya berfikir dan membanding-banding lagi agama yang saya anuti itu. Lebih kurang setahun saya belajar dan membaca buku-buku agama secara sembunyi-sembunyi, saya mula ponteng ke gereja, keluarga saya mula terperasan dengan perubahan itu. Pada suatu hari yang sdaya rasa sesuai saya dengan berani menyatakan kepada emak dan kakak saya, bahawa saya sudah mempunyai seorang teman lelaki ISLAM. Mereka mula berleter panjang… macam tiada orang kristian lagi di dunia ini….Saya tidak berkata apa-apa, jauh sekali melawan cakap mereka, tapi hati saya tetap degil, nak teruskan juga perhubungan itu. Pada bulan Oktober 80, rombongan suami saya pun datang meminang (siap syarat sekali…hidang air dalam botol, biskut, gula-gula, kacang semua dalam bekas piring kertas, saya dan keluarga akur dengan peraturan yang diminta. Bila diingat kembali saya bersyukuar kerana bapa saya tidak membantah malah meminta mak saya terima saja, kata bapa kalau dah nak kawin tu biarkan saja asalkan tidak memalukan orang tua ). Pada hari pertunangan itu, ditetapkan pulak tarikh pernikahan. Mereka bersetuju tarikh nikah pada 12/12/80 Hari Jumaat Malam Sabtu dan tarikh sanding di kampung saya pada 21/12/80. Pada tarikh 12/12/80 itu juga adalah tarikh saya membaca kalimah Syahadah dan sah menjadi seorang muslim. Hidayah iman yang ALLAH berikan itu sangat manis sekali. Akhirnya saya jadi juga berkahwin dengan suami saya walau pun seorang abang dan  seorang kakak tak datang dihari pernikahan dan perkahwinan kami. Seminggu selepas itu suami bawa saya balik ke kampung halaman asal dia untuk menemui keluarganya. Dari rumah  di Sabah sehingga turun dari kereta ke rumah suami saya, tak kering mulut saya membaca Bismillah…… sebabnya saya risau, takut dan macam2 perasaan saya alami kerana itulah pertama kali saya berjumpa dengan keluarganya.  Alhamdullillah saya diterima walaupun saya tak dapat baca isi hati mereka yang sebenar. Sebagai orang yang baru masuk dalam keluarga suami saya, walaupun saya masih muda masa itu, saya bersyukur kerana orang tua saya telah mendidik saya sopan santun dan sentiasa merendah diri. Walau apa bahasa yang saya dengar dan mungkin menyinggung hati kecil saya, saya telan dengan reda kerana saya telah memilih hidup dengan suami saya. Taklimat pertama yang dengar dari bapa mertua saya ialah dia meminta saya belajar Muqadam. Saya pun tak tau apa itu Muqadam, tak pernah dengar buku apa itu, tetapi dengan rendah hati saya angguk setuju tanpa bertanya. Apabila saya bertanya suami saya, Muqadam itu ialah sebuah kitab agama permulaan belajar mengaji. Ooo… saya pun berfikir macamanalah saya nak baca Muqadam ni, saya bukan pernah ke sekolah agama, tapi saya diam saja. Walaupun saya tak tau mengaji pada masa itu saya belajar membaca ayat ayat Alquran dalam sembahyang seperti dalam buku Romanise, ada tulisan jawi dan roman. Saya tak putus asa belajar agama ni, saya belajar dan menghafal doa qunut, doa lepas ambil air sembahyang, doa-doa harian dan zikir lepas sembahyang. Selepas nikah saya sholat berjemaah dengan suami saya. Selepas seminggu kami berkawin saya sholat sendiri sebab bagi saya sholat sendirian lebih tenang dan kyushu.Lima tahun kemudian saya dan dua orang kawan Mualaf  saya beranikan diri bertanya dengan Ustazah untuk belajar mengaji. Ustazah itu dengan suka hati terima kami belajar. Bermulalah saya dan kawan2 belajar Muqadam (mengeja  satu-satu huruf Alquran). Berkat kesabaran Ustazah tu dan kegigihan saya belajar, akhirnya saya tamat belajar Muqadam dengan 1 juzuk ayat-ayat Alquran. Betapa seronolnya saya pada masa itu orang pertama tamat  dan akan dinaikkan untuk membaca Alquran. Saya pun buat pulut kuning dan ayam masak rendang dan bawa ke rumah Ustazah. Kami pun makan beramai2 sambil Ustazah berdoa agar saya dan kawan2 diterangkan hati dan semoga apa yang dipelajari itu melekat maca nasi pulut yang kami makan. Hari berikutnya saya pun mula membaca Alquran….sehingga Juzuk 3, kami pun bertukar ke Labuan. Oleh kerana keinginan saya membuak2 untuk belajar Alquran, saya bertanya ke sana kemari dimana nak dapat guru mengaji. Saya dimaklumkan ada seorang Ustaz selalu mengajar mengaji kepada budak sekolah di Masjid. Saya dengan seorang kakak ditempat kerja baru saya itu, beranikan diri bertanya dengan Ustaz  itu. Alhamdullillah Ustaz itu setuju. Saya dan kakak itu belajar selepas waktu zohor di Masjid. Tidak menjadi masalah bagi saya sebab tempat kerja saya berhampiran dengan Masjid. Saya sempat belajar sehingga Juzuk 5 dengan Ustaz itu dan dia pun bertukar ke Semenanjung kampung halaman asal Ustaz itu. Saya juga mencari tempat belajar Fardhu Ain. Saya mendaftarkan diri belajar di Pusat Dakwah Saudara Kita, satu tempat dikumpulkan orang-orang Mualaf belajar Fardu Ain, Fardu Kifayah dan mengaji. Bertambahlah seronok saya kerana saya boleh belajar macam2 berkaitan agama Islam dengan lebih mendalam lagi. Kebetulan masa saya masuk mendaftar, di Pusat Dakwah itu ada menganjurkan pertandingan bacaan ayat-ayat Lazim untuk saudara-saudara baru. Saya pun ditawarkan masuk pertandingan oleh Ustaz sebab syaratnya siapa2 boleh membaca ayat-ayat lazim. Pandangan sinis dari kawan2 yang lama di kelas itu saya biarkan saja (mungkin kerana saya orang baru mereka ingat saya tak boleh baca ayat lazim). Saya telah memilih Surah  Al falaq. Semua peserta pada malam itu membaca Surah Annas. Saya peserta membaca kedua terakhir. Seorang peserta akhir tu adalah qari di Pusat itu dan semua kawan2 kata dialah johan. Dia pun membaca surah Annas dan di akhir ayat dia tersasul dan tersilap menyebabkan markah dipotong. Maka pada malam itu nama saya (orang yang baru di kelas itu) diumumkan Johan membaca ayat-ayat lazim. Saya pun keluar menerima hadiah merupakan Ayat Alquran yang diukir daripada kayu, sehingga sekarang saya masih simpan hadiah itu. Bermula dari situ kawan2 mula ramah dengan saya dan akur dengan kebolehan saya membaca ayat-ayat lazim. beberapa tahun kemudian diadakan lagi pertandingan membaca Alquran, saya juga tampil sebagai johan dengan hadiah wang tunai sekeping  RM500.00 yang disampaikan oleh YB Datuk Yusof  Nor. Pada tahun 1997 saya mewakili Pusat Dakwah Labuan ke Kuala Lumpur. Saya hanya naib johan dan menerima wang tunai RM800.00. Saya juga dihantar pergi berkursus ke Langkawi dan 6 kali ke Pusat Dakwah di Masilau Kundasang.Saya juga pernah dihantar sebagai pemerhati semasa Musabaqah Tilawatil Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di Sabah. Saya juga mengikut kursus yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah seperti kursus pengurusan jenazah, kursus pra perkahwinan, kursus keluarga bahagia dan banyak lagi saya dah tak ingat. Disamping belajar di kelas , saya juga belajar mengaji dengan Ustazah yang tinggal berjiran dengan kami dari Juzuk 6 sehinggalah juzuk ke 30 (khatam). Alhamdullilah, berbaloi juga penat lelah saya selama ini belajar akhirnya saya khatam AlQuran. Islam adalah satu cara hidup. Saya bersyukur sekali kerana kini saya boleh duduk bersama rakan-rakan Islam yang lain membaca Yaasin atau bertadarus apabila tiba bulan Ramadhan. Saya bersyukur dengan Hidayah yang Allah berikan kepada saya dan berterima kasih kepada suami saya yang dengan sabar membimbing saya dan membantu saya menjaga anak-anak apabila saya keluar untuk belajar agama atau dihantar berkursus agama di luar stesen. Saya mengingatkan diri saya dan juga kawan-kawan yang sama seperti saya (mualaf) agar tidak mensia-siakan Hidayah Iman yang ALLAH berikan kepada kita. Hanya kita saja yang dapat merasakan betapa manis dan seronoknya mendapat Hidayah iman dari ALLAH. Kalau kita muhasabah diri, betapa doa-doa kita cepat dimakbulkan oleh ALLAH dan orang-orang yang menganiaya kita akan mendapat balasan sewajarnya. Ya ALLAH, jadikan diriku ini insan yang suka berzikir, sentiasa bersyukur dan taat beribadat kepadaMu , kekalkan hidupku sebagai seorang Islam dan matikanlah aku dalam Iman amin…….


Responses

  1. Salam…Syukur alhamdulillah. saya amat terharu membacanya. saudari insan wanita paling bertuah disisi Allah swa. Saya sungguh sedih adakalangan wanita Islam yang jauh tersesat dan hancur kehidupannya kerana tidak mengamalkan ajaran Islam. Yangmana dah tua menjadi GRO, isteri yang Curang dan sebagainya. Tolonglah tunjukan jalan pada mereka2 ini. Perjuangkanlah kearah untuk mereka yang perlukan bimbingan dengan apa cara sekalipun. Hanya dari wanita kepada wanita. Kami lelaki khususnya seorang suami amat takut akan gejala ini. Mungkin hidayah kepadamu Allah takdirkan untuk memimpin wanita Islam yang sebegini. Mudah2an Allah akan sentiasa memberi RahmatNya pada saudari. Takuti dunia ini hancur kerana wanita sebegitu. Kerana lelaki mencari sesuatu kerana wanita, membuat sesuatu kerana wanita, Maaf saya kata begitu. Wanita adalah racun dan wanita juga penawar. Takut racun melebihi penawar. Banyak perkara didunia ini yang menjurus kepada kaum wanita. Syukur Allah telah memberi hidayah kepada saudari. Semoga saudari menjadi pejuang dalam menegakkan syiar Islam yang unggul. wassalam.

    • Assalamualaikum w.b.t

      Terima kasih atas penghargaan ini. Insyallah saya terus ke arah membimbing rakan2 dalam memertabatkan kesucian ISLAM dan menjadi contohteladan yang baik dari segi pergaulan dan tingkah laku.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: