Posted by: maziati | July 16, 2009

Cerita pasal makan ……………..

Makanlah apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang ………hadis nabi. Betapa cantiknya hadis ini. Kalau kita fikir dan muhasabah diri banyak hikmah yang kita peroleh darinya, iaitu sihat tubuh badan, tubuh yang langsing, perut tak buncit @ boroi, badan cergas – kerana makan banyak mata akan mengantuk dan asyik tertidur.

Apa- apa pun kita perlu makan untuk membina tenaga. Bab masak ni saya memang kurang…. Lepas kawin dan tinggal berdua dengan suami, saya terpaksa  belajar masak masakan kegemaran suami iaitu ikan masak asam pedas, ayam, udang atau ikan goreng disira dengan sambal,ketam masak lemak, ayam masak sambal campur peria, sup tulang  dan ikan bilis + tempe+lada hijau dan bawang besar. Saya pula suka makan peria disumbat dengan daging cincang, terung masak sambal udang kering, ikan masak kunyit (kami panggil bintanok), ikan masak ampap, ayam masak steam dan apa apa masakan stail cina. mungkin kerana darah cina masih kuat mengalir dalam tubuh badan saya. Saya ni kacukan kadazan dan cina. Bapa saya came all the way from macau…..dan emak saya pula dari bangsa kadazan dan jadilah saya ni berbangsa sino kadazan. I’m proud to be a sino kadazan actually…..Pasal makan lagi…. walaupun saya ni orang kampung tapi emak saya tak pernah masak batang keladi untuk kami. jadinya saya tak pernah makan masak sayur keladi, walhal di tepi tepi pagar rumah kami bapa ada menanam keladi yang boleh dimakan. Setelah berkawin,  saya ikut balik ke kampung suami, tempat yang belum pernah saya kunjungi….. jauh sekali dari kampung halaman saya, dimana untuk sampai ke  kampung suami, saya kena naik kereta atau van ke lapangan terbang, kemudian naik kapal terbang selama lebih kurang dua jam setengah. Sampai di Subang Airport , naik pula teksi sampai ke kampung suami. Perjalanan dari pagi sampai ke malam. Di kebun belakang rumah suami ada banyak tanaman keladi. Pada satu hari tu emak mertua saya ke kebun belakang untuk mengorek batang keladi untuk dibuat hidangan tengah hari. Saya ikut menyaksikan emak mertua saya ‘mengerjakan’  keladi itu untuk dibuat sayur. Mula -mula isi keladi diasingkan dari batang, kemudian batang keladi tu di buka kulitnya perlahan-lahan, dipotong-potong sederhana dan direbus sehingga layu. Keladi dicuci, ditoskan dan dimasukkan ke  dalam kuali. Masukan serai, kunyit, bawang merah, halia, asam keping dan sedikit ikan bilis, tambah perasa dan sedikkit garam. Wow… sedap rupanya sayur keladi ni, tengah hari itu saya makan tiga pinggan. Bila balik ke Sabah ….saya pun minta resepinya sekali, konon untuk dipraktik dan dimasak sendiri di rumah. Petua kalau nak menyayur batang keladi tu jangan buat bising, senyap saja takut nanti sayur keladi yang dimasak gatal. Untuk sarapan pula…… tepung dicampur sedikit potash (sejenis serbuk macam baking soda untuk tepung menjadi mudah kembang). Uli tepung sehingga lembut, leperkan dan potong-potong kecil dan kemudian goreng dengan minyak yang panas. Bila kuih dah kembang dan warna keperangan angkat dan toskan. Kami panggil kuih ni kuntash, sedap dimakan bersama teh atau kopi panas. Kopi yang sedap yang biasa saya minum ialah kopi 434 keluaran Muar, kopi Hang Tuah dan kopi cap television keluaran Johor. Teh pula kalau yang serbuk, saya rasa teh cop masjid sedap tapi mesti kena campur susu. Suami saya juga tau buat roti canai, lagi sedap sebab tepung tu dicampur sedikit susu manis dan terasa lemaknya. Saya rasa apa saja makanan yang kita masak sendiri pasti sedap, sebab bersih dan keberkatan bacaan Bismillah itu sendiri. Saya juga suka makan mee rebus, mee goreng, mihun goreng siam, mee bandung, mee hailam dan juga soto bihun (kegemaran orang Sabah).Itu cerita dulu-dulu….tapi sekarang saya masak ala kadar saja sebab suami saya kena banyak berpantang, selepas menjalani pembedahan ‘bypass’ di IJN KL setahun yang lalu. Diet kena tukar kepada ikan bakar, ikan masak steam, ikan masak asam pedas atau singgang, sayur masak bening. Lauk ketam, udang, sotong (apa juga jenis seafood) dikurangkan dan sebulan sekali pun susah, jarang-jarang….Kalau nak makan daging pun kena cari daging rusa dan masak kicap saja. Tiada lagi masak lemak menggunakan santan kelapa, kalau ingin sangat nak masak campur santan, kena cari santan dalam paket yang rendah lemak tanpa kolesterol.Sarapan pagi pula makan biskut tawar craker, roti atau nasi goreng dengan telur saja, nasi lemak pun jarang-jarang. Kalau petang tu suami saya beli tauhu goreng, itulah kami makan dicecah dengan sambal kicap (atau sambal pletet), dan kalau rasa dah kenyang, malam dah tak makan, minum susu atau Lasindah Cafe saja.Saya rasa makanan yang saya makan dah cukup seimbang tapi badan saya masih tidak langsing macam dulu-dulu masa remaja lilitan pinggang hanya 23″ saja. Agaknya lemak yang terkumpul bertahun-tahun mengakibatkan berat badan susah nak turun.Kalau dulu berat badan saya 54 atau 55 kg, tapi sekarang 68 atau 69 kg. Saya harap bulan Ramadhan adalah penurunan sedikit he he.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: