Posted by: maziati | July 10, 2009

Cerita dulu-dulu ………..

Mengenang kembali zaman kanak-kanak mengingatkan saya kembali kepada kawan-kawan lama saya di kampung. Kalau dulu-dulu di kampung kami hidup dalam budaya bergotong royong. Pada hari Isnin hingga Sabtu orang-orang kampung keluar berkerja sama ada menoreh getah, bersawah padi, berkebun dan macam-macam kerja untuk sesuap nasi. Emak saya menoreh getah di sebelah pagi dan turun ke sawah di sebelah petang. Bapa saya pula turun ke sawah atau ke kebun sayur di sebelah pagi dan tengah hari dia akan ke Pekan untuk membeli ikan untuk dijual di merata kampung. Kami anak-anak pergi ke sekolah dan petang membantu emak di sawah atau di kebun dan kadang-kadang membantu bapa untuk membawa kerbau ke padang rumput (dan membiarkan kerbau itu meragut rumput sampai kenyang). Saya dan kawan-kawan tau bila kerbau itu kenyang (bila perut dah kembung) kami pun bawa kerbau itu pulang dan tambatkan pada pokok kelapa dan biar kerbau itu berehat. Pada hujung minggu (hari ahad) adalah jadual gotong royong untuk penduduk kampung. Mereka akan membuat jadual gotong  royong iaitu pergi menebas dari satu kebun ke satu kebun penduduk yang tersenarai dan bersetuju masuk dalam kelompok gotong royong. Kami anak-anak sangat suka dengan budaya gotong royong ini. Kami juga ikut serta dalam kerja-kerja menebas (membersihkan kebun). Kalau ada sayur-sayur hutan yang boleh dimakan seperti pucuk paku, lamiding, rebung muda, kami ambil untuk dibawa balik ke rumah sebagai oleh-oleh.Apabila sampai waktu tengah hari, perut pun lapar, ketua gotong royong akan melaung dan memanggil-mangil kawan-kawan untuk berhenti dari menebas. Semua orang akan berhenti serentak dan patuh dengan arahan ini dan cepat2 berkumpul di suatu tempat untuk membuka bekal masing-masing. Wah…..makan nasi berlaukkan ikan masin sudah cukup menyelerakan. (Apabila diarah berhenti untuk makan semua ahli akur dan cepat2 berkumpul untuk makan….. pernah terjadi di satu masa makcik ini terus menebas apabila ketua sudah berkali-kali melaung dan memanggil untuk makan, tiba-tiba kayu yang ditebang jatuh betul-betul atas kepala makcik tu dan di situ juga dia menemui ajalnya (apabila saya ingat kembali peristiwa itu, saya yakin ajal bagi makcik itu sudah sampai dan ditakdirkan dalam keadaan begitu dan bagi kita yang masih hidup akan mengambilnya sebagai iktibar. Mungkin makcik itu tidak dengar laungan ketua sebab malaikat maut sudah dekat) Sejak peristiwa itu orang kampung telah memberhentikan sekejap gotong royong menebas di kebun dan perlahan-lahan ditiadakan lagi.Gotong royong di kebun sudah tiada, tapi gotong royong menuai padi tetap diadakan setiap tahun. Apabila padi telah mula masak, ketua gotong royong akan tengok padi siapa yang betul-betul telah masak dan menunggu reput, di situlah gotong royong bermula. Dalam masa beberapa minggu saja padi orang kampung habis dituai dan kerja-kerja mengeringkan, menganginkan dan menyimpan dilakukan sendiri oleh tuan punya padi masing-masing. Kalau dulu-dulu cuti sekolah adalah hari-hari yang diperuntukkan untuk membantu keluarga. Kami anak-anak remaja akan merancang untuk ke bukit untuk mencari kayu api (dulu-dulu mana ada dapur gas, kalau ada pun, dapur minyak tanah tapi kita tetap berjimat dan menggunakan kayu api). Kami ke bukit dalam kelompok yang ramai dan mencari kayu api dari pagi sampai ke petang baru balik. Kayu yang sudah dikumpulkan kami akan angkat berperingkat-peringkat untuk di bawa balik ke rumah. Kayu api itu akan di keringkan dan simpan di bawah kolong rumah.Itulah aktiviti kami di musim cuti sekolah dan kami tidak pernah terbayang cuti sekolah itu untuk makan angin atau untuk bersuka ria sebab semua kawan-kawan pun orang kampung yang serba kekurangan. Apabila di kelas cikgu akan tanya ‘siapa sudah pernah ke Jesselton? ‘(sekarang Kota Kinabalu) Hanya dua tiga orang saja yang angkat tangan, itu pun dari kampung-kampung lain.Kalau dulu-dulu kami jarang-jarang dapat makan makanan ringan seperti keropok, gula-gula atau coklat (jauh sekali) sebab benda-benda itu semua bagi kami mahal, tiada peruntukan untuk itu. Kami anak-anak kampung akan ke kebun atau ke hutan mencari buah- buah yang boleh dimakan.Buah-buah yang biasa bagi kami ialah buah sagu (kami panggil sumangau), belunu, kemunting, putat dan kalau musim buah, apa lagi kami akan ke kebun (kebun kawan atau kebun saudara mara saja, tidak dibenarkan ke kebun-kebun orang luar)cari buah cempadak (kami panggil sempulut), durian kuning (kami pangil dalit), langsat, rambai. Kebun yang selalu jadi mangsa ialah kebun makcik-makcik (iaitu kakak kepada emak dan sepupu emak) kerana mereka orang senang2 dan jarang ke kebun, tapi kami minta izin dulu).Kalau petang-petang ada kelapangan anak-anak remaja kampung akan berbaris di tepi parit memancing ikan (ikan keruk saja yang akan makan umpan – ikan sepat jarang sekali). Saya pun akan ikut, saja suka-suka tapi apabila balik ke rumah, kakak-kakak akan marah (kerana saya adik perempuan yang bongsu) sebab saya membuang masa dan ikan yang saya pancing pun bukan untuk dimakan sebab bapa kami adalah penjual ikan di kampung. Kadang2 saya hanya melihat dari jauh betapa seronoknya  kawan-kawan saya memancing di parit sambil berbual-bual, bergurau dan dapat ikan. Ada masanya saya akan buat ‘appointment’ dengan kawan-kawan untuk bermain di rumah .Kawan-kawan pun datang dan kami ‘main batu’ (ada batu lima dan ada batu tujuh) iaitu bermain dengan lima biji batu atau tujuh biji batu. Sehingga sekarang saya masih tau ‘main batu’ atau kalau dah boring kami main ting-ting. Kalau ramai kawan-kawan datang kami main kriket (pusing satu bulatan siapa yang terkena bola maka dia kena ‘out’ dan tugasnya membaling bola. Itulah permainan kami dulu-dulu dan salah satu riadah dan senaman, sebab tu kanak-kanak dulu jarang sakit, kuat makan dan sangat cergas. Kalau lepas main tu, saya akan ajak kawan-kawan minum kopi cair dan makan nasi sejuk (sedap….kalau dulu-dulu mana ada sirap atau biskut di simpan di rumah.. kalau ada pun tak sampai dua hari dah habis he he …..)Apabila menjelang malam…lepas makan malam tu terus tidur (dulu-dulu mana ada tv, letrik pun tiada, guna lampu pelita saja). Kalau dulu-dulu mana ada ‘home work’ yang diberi cikgu, cukup apa yang diajar di kelas saja. Kalau dulu-dulu akan bersambung lagi ………..

Wassalam……..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: