Posted by: maziati | July 6, 2009

KEIKHLASAN BEKERJA ……..

Cerita pasal kerja, saya seronok sangat membuat kerja-kerja saya di pejabat. Semenjak tahun 78 saya mula melapor diri bertugas, saya sangat bertanggungjawab dengan kerja yang diamanahkan kepada saya, walaupun pada masa itu kerja kerani tidak sampai pun lima ratus sebulan kita terima. Saya ditugaskan membuat kerja-kerja perkhidmatan, diantaranya saya mengemaskini fail, mengurus surat-surat, mengurus biasiswa murid,membuat pendaftaran peperiksaan SRP dan SPM untuk murid, menyediakan laporan berkaitan murid seperti laporan bulanan, suku tahun dan lain-lain laporan berkaitan sekolah dan murid. Oleh kerana tiap-tiap tahun saya mengurus pendaftaran murid untuk peperiksaan SRP dan SPM, kod-kod matapelajaran semua dalam kepala saya (apa tah lagi masa itu saya masih muda). Kalau fail-fail pejabat tu sebut saja tajuk fail saya dah ingat nombor fail tersebut. Oleh kerana di sekolah saya banyak membantu guru-guru menaip soalan-soalan peperiksaan penggal dan mencetak dengan menggunakan mesin yang kami panggil ‘mesin gelek’. Saya mencetak kertas solan itu menggunakan tangan (macam mesin getah) dengan ink berbentuk tiub macam bekas ‘colgate’.  Kalau mesin itu ada masalah atau tersangkut saya juga tau membaikinya sendiri. beberapa tahun kemudian, sekolah kami dibekalkan dengan mesin yang kami panggil ‘mesin gestifik’. Mesin ini menggunakan elektrik. Masukkan kertas soalan yang telah kita taip atas kertas kami panggil ‘stencil’ dan pasangkan pada ‘mesin gestifik’. Mesin ini menggunakan jarum yang perlu dipasang dan diganti bila ianya telah tumpul. Ink atau toner dalam bentuk serbuk. Mesin Photostat juga dibekalkan dan kertas yang digunakan dalam bentuk roll dan ink atau toner dalam bentuk serbuk. Saya juga tau menggunakan mesin-mesin ini. Oleh kerana di tempat saya bekerja itu hanya ada tiga kakitangan sokongan (sayalah kerani, kakak tukang sapu dan pakcik jaga) maka saya buat semua kerja pejabat membantu Pengetua. saya juga mengambil surat-surat, mengirim surat dan mengambil surat khabar di Pekan. Kadang-kadang saya juga sempat menyapu dan mengemas pejabat. Setelah tahun berganti maka bertambahlah kakitangan dari tiga orang kepada lima belas orang. Biasalah…. apabila orang bertambah, maka banyaklah kerenah yang kita nampak. Tak apa lah tu simpan sajalah sebagai kenangan pahit manis yang tetap dalam ingatan. Dipendekkan cerita ….masuk tahun yang kesepuluh saya pun bertukar ke Pulau Mutiara Laut Cina Selatan kerana mengikut suami. Dugaan pertama yang saya terima, beberapa individu memandang sinis dengan kedatangan saya. Mereka sindir dan macam2 lagi sikap yang kurang senang mereka pamerkan di depan saya. Saya akur dan faham kerana saya orang luar dan bukan siapa siapa. Walaupun saya disambut dengan keadaan yang kurang menyenangkan, saya tetap menunjukkan keikhlasan saya bekerja kerana itulah sifat yang Allah telah kurniakan kepada saya. Tanpa mengira tempat saya tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan penuh didikasi. Saya membantu Guru Besar membuat kerja-kerja pejabat (pengurusan gaji dan hal-hal perkhidmatan)di samping saya menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan lain. Saya mengurus pengesahan jawatan, jawatan berpencen, perisytiharan harta, kenaikan gaji, cuti sakit dan lain-lain bantuan yang mereka perlukan. Saya juga mengurus pendaftaran keluar masuk murid setiap hari, kerana sekolah tersebut merupakan sekolah tumpuan anak2 tentera.Saya juga mengurus inventori sekolah. Setahun kemudian tidak ada ada lagi pandangan sinis. Setelah sembilan tahun macam2 kerenah manusia yang kita nampak dan kita jumpa di sekolah itu, saya ditarik pula untuk bekerja di Pejabat Pendidikan Bahagian untuk membantu kerja-kerja pengurusan kewangan. Saya dengan rela hati menerima dan sanggup membuat apa saja kerja yang diberikan kepada saya tanpa merungut. Saya semakin seronok bekerja walaupun saya kena tingkatkan kesabaran saya lebih dari sepatutnya. Walau macamana pun sabar itu sebahagian dari Iman dan saya terus menyumbang tenaga untuk membantu sehingga Pejabat Pendidikan Bahagian bertukar pula kepada Jabatan Pelajaran. Enam tahun bertugas di jabatan saya dinaikan pangkat ke gred yang tinggi sedikit, dan masih diambil bekerja di jabatan secara pentadbiran dari sekolah hinggalah sekarang. Pelbagai kerja silih berganti diberikan kepada saya, dengan rendah diri dan penuh keikhlasan saya terima walau pun bagi sesetengah orang kerja yang saya buat itu berat dan membebankan. Kini saya telah mencapai usia separuh abad tapi namapaknya saya masih seronok bekerja dan sanggup belajar jika ada ilmu-ilmu baru untuk meningkatkan mutu kerja saya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: