Posted by: maziati | July 3, 2009

RENUNGAN BERSAMA …… Sudah Solat?

Assalamualaikum w.b.t…… Setiap hari Jumaat jabatan mengadakan program keagamaan seperti bacaan yaasin beramai2, belajar tajwid dan tazkirah. Hari Jumaat adalah hari yang saya tunggu2 sebab bagi saya hari ini saya berada dalam majlis ilmu yang dihadiri oleh Malaikat. Saya masih teringat Ustaz menyampaikan tazkirah di satu pagi Jumaat, lebih kurang bunyinya macam ni ” tinggalkan dulu kerjamu untuk Solat dan jangan tinggalkan Solat kerana kesibukanmu bekerja”. Saya selalu teringat kata kata nasihat itu, bila sampai waktu solat saya cepat2 tinggalkan kerja untuk menunaikan Solat dan meneruskan kerja lagi tanpa resah gelisah (kerana sudah Solat). Luangkan lah waktu kita untuk akhirat.’ Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran’ – AL-ASH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERKENALAN ……..

Hari ini tercapailah cita2 saya untuk memiliki blog sendiri he he he. InsyAllah saya akan cuba memaparkan maklumat terkini dalam bentuk gambar, pengalaman dan apa-apa saja yang boleh saya kongsi untuk kita menfaatkan bersama.

wassalam….


Categories

%d bloggers like this: