Posted by: maziati | July 30, 2010

Resah Seorang Emak…….

Kalau di tengok sekali imbas….alangkah gembira dan cerianya hidup keluarga ini ….dengan anak2 yang ramai dan kini sudah mempunyai seorang cucu. Tapi di sebalik imbasan itu tersembunyi keresahan dan kegelisahan hati seorang emak.

Posted by: maziati | May 30, 2010

Join Face Book (FB)

Pada 11/03/2010 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah menganjurkan Bengkel Face Book sebagai medium komunikasi kepada warga jabatan seperti yang telah disyorkan oleh Pengarah kami. Saya adalah salah seorang pesertanya. Oleh kerana bengkal tersebut diadakan pada waktu pejabat, jadinya perkhidmatan internet adalah melalui broad band, ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat pekeliling menghalang semua warga pendidikan di jabatan melayari FB.FB hanya boleh dilayari selepas waktu pejabat itu selepas jam 5.00 petang. It’s good actually….sebab ramai kakitangan melayari FB masa kerja dan ini boleh dikatakan penyalahgunaan masa. Saya mengikuti bengkel FB adalah dengan harapan untuk mendapat ilmu baru. Pada mulanya saya memang agak kecewa sebab penerimaan line internet terlalu slow dan ini mengundang kebosanan dan saya rasa masa terbuang dengan sia2. Sehingga bengkel berakhir disebelah tengah hari saya tidak berjaya untuk sign up di FB. Walau macamanapun saya tidaklah terlalu kecewa kerana saya dah mengikuti penerangan yang diberikan dan saya rasa saya boleh buat. Oleh kerana di rumah ada line stremyx maka saya pun mencuba untuk mendaftar FB di rumah. Well… nampaknya saya berjaya buat sendiri dan untuk upload gambar saya memohon ehsan bantuan dari anak ketiga saya dan pada masa ini saya adalah pengguna yang aktif di FB. Melalui FB ini dapatlah saya mencari kawan2 lama dan kawan2 yang jarang2 kita jumpa untuk sama2 menghubungkan silaturrahim dan dapatlah kita mengetahui khabar masing2. FB adalah baik jika kita gunakan dengan baik. Apa2 juga komen atau pendapat yang kita utarakan di alam maya itu hendaklah dengan hati2 agar catatan2 kita itu tidak mengundang kemarahan atau menyingung perasaan orang lain. Kita boleh mendapat info, bersembang, berhumor dengan kawan2. Oleh kerana sibuk dengan kerja masing2 menyebabkan kita tidak berkesempatan menghubungi rakan2. Kalau kita menjadi ahli FB, kita cepat mengetahui khabar berita kawan2 yang sakit, meninggal dunia, bertunang, kahwin, menyambut hari jadi, makan angin, bercuti dan kadang2 kita dapat mengetahui samada kawan2 kita mengalami stress melalui luahan2 mereka di FB. Sebagai ahli FB adalah menjadi tanggungjawab kita memberi maklumbalas atau menyokong kawan2 kita. Dalam FB juga kita boleh share dengan kawan2 gambar2 yang kita ambil. Saya rasa FB ni memang baik dan gunalah dengan baik.

Posted by: maziati | February 23, 2010

Petua atau info?

Saya dilahirkan dan dibesarkan di kampung, jadinya cara hidup saya pun kekampungan. Tapi bila difikir2kan, ada baiknya juga. Sejak saya berumahtangga, saya tak pernah duduk serumah dengan mak bapa atau mak bapa mertua.Oleh kerana kami tinggal berasingan dengan mereka, maka saya kena cepat berfikir atau menyelesaikan masalah sendiri.misalnya:

Anak Demam Panas:
Sebelum ke hospital, saya akan segera ke dapur mengambil minyak kelapa dan dicampur dengan asam jawa, lumurkan ke seluruh badan terutama sekali kepala dan rambut. Suhu badan yan panas akan turun (mengelakkan terjadinya sawan atau mata naik ke atas).

Anak terluka:
Sebelum ke hospital, saya segera ke dapur dan mengambil kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat, bubuh pada luka, darah akan berhenti. Serbuk kopi juga boleh menahan luka dari terus berdarah.

Anak terkena ‘mump’ atau benguk:
Ambil sedikit sarang serangga yang diperbuat daripada tanah (biasanya ia berada di bawah2 sinki-jangan dibuang, biarkan ia di situ) dan perahkan asam limau kapas.Gaul rata dan bubuh di tempat yang bengkak.Insyaallah, bengkak berkurangan dan beransur pulih.(untuk makluman- tanah yang dibuat sarang itu adalah tanah yang dibawa dari hutan oleh sekecil2 serangga dan mungkin ia boleh menjadi ubat.

Sakit Perut:
Sebelum ke hospital, ambil bawang putih, bakar sedikit dan makan. Bawang merah ditumbuk sedikit lumat dan sapu pada pusat dan sekeliling perut.Insyaallah, akan beransur pulih.

Sakita Mata:
Jika ada ibu yang menyusukan anak, mintalah sedikit air susu dan bubuh pada mata yang merah, Insyaallah mata tidak lagi berasa sakit dan beransur pulih.

Kuku Rosak dan Berbau:
Daun inai ditumbuk lumat dan bubuh pada celah kuku yang rosak dan berbau. Insyaallah kuku akan menjadi kering dan beransur pulih.

Kurap Susu:
Kadang2 apabila kita menyusukan bayi, pipinya yang lembut terkena susu dan boleh menyebabkan kemerah2an dan biasa dipanggil kurap susu. Ambil jelly daun lidah buaya (aloe vera) dan sapu pada pipi dua kali sehari, Insyaallah, pipi bayi iatu akan menjadi halus semula.

Rambut yang halus dan nipis:
Ambil minyak kelapa dan pakaikan selalu pada rambut bayi, Insyaallah rambutnya akan menjadi lebat dan hitam berkilat.

Mudah Bersalin:
Apabila sudah terasa sakit nak bersalin ambil minyak kelapa (yang baru dibuat) + sedikit kunyit (yang ditumbuk lumat) + air suam + baca selawat dan minum. Insyaallah…..mudah bersalin.

Info2 di atas itu, biasa saya amalkan dan Alhamdulillah….. berkesan.

Posted by: maziati | February 15, 2010

Beralih ke Blogspot.com

Rasanya dah lama saya tak layan blog wordpress ni…sebabnya sejak saya mengikuti kursus membina blog anjuran jabatan kami pada 8-9 November 2009, maka saya lebih berminat dengan blogspot.com kerana ianya ‘user friendly’. Disamping ianya serba percuma dan mudah difahami.Kami disyorkan untuk membina sekurang-kurangnya 2 blog sebagai latihan kami dalam kursus tersebut. Pengarah kami mengsyorkan dan menggalakkan kami mempunyai blog sendiri dan juga face book. Saya belum lagi berminat dengan face book ni, sebabnya bermacam2 cerita saya dengar tentang face book. Ada kawan tu kata face book ni boleh mencari kawan2 lama dan ada pula kawan tu kata ianya boleh mendatangkan fitnah dan boleh memporak-porandakan hubungan cinta. Saya terbaca juga di surat khabar, face book menyebabkan jenayah siber….saya pun tak faham, kalau macam2 cerita negatif yang timbul maka saya belum bersedia lagi ‘join the club’, bagi saya face book untuk orang2 muda, biarlah saya layan blog saja. Ekoran dari kursus itu saya membina 3 blog. Blog pertama saya khususkan kepada aktiviti saya di ofis, blog kedua saya khusukan kepada aktiviti di luar pejabat dan keluarga dan blog ketiga (Mutiara) merupakan tempat saya berkongsi maklumat dengan rakan2 yang melayari blog saya.Ianya lebih kepada cerita2 agama, kesihatan dan petua.Saya seronok kalau dapat menyebarkan info2 yang baik2 kepada kawan2. Kebanyakan cerita2 itu saya petik dari majalah2 MIDI, Anis, Keluarga, risalah2 agama dan ceramah atau tazkirah yang pernah saya dengar.manalah tau kawan2 tak sempat membelek majalah2 tu, jadi kalau mereka sempat menjenguk blog (Mutiara) saya, maka sekurang2nya mereka mendapat maklumat untuk direnung bersama.Saya suka berkongsi maklumat yang baik2 dengan kawan2. Saya ni tak pandai berceramah, tak pandai menulis, jadi mungkin dengan cara ini saya masih boleh menyampaikan cerita2 agama dan kesihatan kepada orang lain.Semoga usaha suci dan ikhlas saya ini mendapat keredhaan ALLAH jua….amin……

Walau bagaimanapun sesekali saya akan menziarah blog wordpress saya ni, sebabnya penerimaan internet sangat bagus dan cepat,ini mungkin pengguna blog,spot.com ramai penggunanya maka ianya sangat slow.Apa-apa pun wordpress saya, dah saya pautkan dalam blogspt.com untuk memudahkan saya nak update nanti.

Posted by: maziati | December 5, 2009

Kursus ‘English is a fun way to communicate’

On the 19th to 22nd of November 2009 I had attended an English Course which it called ‘English is a fun way to communicate’.It was held in Mount Kinabalu Heritage Resort formerly known as Hotel Perkasa Kundasang.

Well, Kundasang is a very nice place to visit, with a beautiful scenery and a cool temperature. Some of us stayed in a chalet.Lys and I stayed in chalet no. 7 which located a bit far from our seminar room. To reach our chalet we have to cross a hanging bridge and climbed the stairs. Oh dear, my knee is going to cramp… anyway I pulled out my strength and think positive, it just an exercise. Our chalet is a nice place to stay with a two single bed and joining room to our friends Lina and Dayah.There is no aircond, no fan but the bath room provides a water heater. Early in the morning when we open our door well….what a suprise, we can see the beautiful view of Mount Kinabalu our highest mountain in South East Asia.
Well…talking about our English course, it increased much of our vocabulary and of course it gave us the couraged to use the language as often as we can. I went to English Medium school before but seldom speaking english. May be it’s not my mother’s tongue nor my husband’s. We use to speak malay and so are our children. But then I realised english is a very special language.
In this course we were trend to speak english on our on way, write or create our own lyric or song, poem and drama. There is one of the participant never speak english before but then has the courage to speak english on his on way freely. After attending this course I have the courage to use the language and I don’t mind if my grammar or my vocabulary is not perfect, just that I speak english on my own way.

On the 3rd day, we were given the chance to visit Kg Luanti in Ranau. What is special at Kg Luanti……yes..there’s a small river with a shallow water, full of beautiful fishes, small and large. The minute you come down to the water the fishes welcome you bay bitting your foot and leg…but don’t you worry their teeth is not that sharp, it’s more like a theraphy. Well… we were given fifteen minutes playing with the fishes. Before going back to our chalet we treated ourselves by eating durian.

After taking our dinner we went to the seminar room. Our director opening and closing the ceremony. The Participants divided by four groups and all are responsible to perform their own creativity. We from the peace park group delivering our song and poem. Well…what a nice course I ‘ve attended.So many courses I attended before and  courses that is always in my mind are this english course, to create a blog course, PERASA  and AKRAM.

Insyaallah… next week I will attend another course, that is “ESQ’ course (akroname –  Emotional, Sosial and Quotion). Well…never attend such course before but I think it’s a nice course and I think I should attend. On the same date I was asked to attend another course, that’s an access course (it’s about computer) but I prefer attending the ESQ course, may be it is enjoying. I will reveal the story after attending the course.

well…that’s all for today…hoping to have an idea to write in english in my next column. So long.

Posted by: maziati | October 23, 2009

MENGHADIRI KURSUS AKRAM

Pada 20 hingga 23 Oktober saya menghadiri Kursus AKRAM di Hotel Palace Kota Kinabalu. Kursus AKRAM ni ialah satu program iaitu Pembimbing Rakan Perkhidmatan Awam dan manakala akronemnya ialah Amanah Komitmen Rasional Akhlak Mulia. Pada kursus ni kami diberi pendedahan ilmu kaunseling. Untuk penghayatan dan sebagai praktikal bagi kami memahami ilmu yang telah kami pelajari maka kami di bawa melawat atau menziarah ke rumah keluarga miskin di sekitar kampung di daerah Menggatal dan Sepanggar, Kota Kinabalu. Kami kumpulan 4 telah terpilih ke rumah Puan Theresa @ Zuraini Abdullah seorang Mualaf , balu dan ibu kepada 7 orang anak (5 lelaki dan 2 perempuan). Mereka ni tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan dengan sewa 130.00 sebulan. Suami Pn Zuraini telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu dan ketika itu dia sedang mengandung (lima bulan) anak yang ke tujuh. Tanpa bantuan dari kerajaan Pn Zuraini meneruskan kehidupan dengan bekerja di rumah orang dengan gaji RM14.00 sehari. Walaupun susah keluarga Pn Zuraini ini belum pernah juga kebuluran. Oleh kerana Pn Zuraini ini berasal daripada keluarga yang menganut agama kristian maka keluarganya enggan membantu beliau walaupun sudah menjadi balu dan mereka menggangap Pn Zuraini sudah mendapat tulah (ketulahan) kerana meninggalkan agama kristian. Keluarga sebelah suami juga langsung tidak mahu membantu. Membesarkan 7 orang anak yang masih perlu bimbingan memanglah amat sukar. Semasa kematian suami anak sulong berusia 19 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan (5 bulan). Dalam meneruskan kehidupan dan mencari sesuap nasi anak-anak yang meningkat remaja mula terjebak dengan gejala dadah (sabu). Anak sulong menagih sabu, bergaduh di luar, keluar masuk penjara. Anak kedua juga menagih sabu sehingga pada masa ini dimasukkan ke Hospital Mental akibat sakit mental. Anak ketiga perempuan sempat belajar di Politeknik tetapi tak habis belajar kini dah berkahwin dan mendapat seorang anak. Mujurlah ada SPM dan dapatlah bekerja dengan kerajaan sebagai kerani. Menantu pula sombong dan enggan membantu keluarga mentua. Anak keempat juga menagih sabu, sempat masuk PLKN dan pulih, bekerja di Kilang papan dan meninggal dunia Tahun 2008 akibat sakit jantung (mungkin juga disebabkan menagih sabu sebelum ini). Anak kelima kini belajar di Kolej di Semenanjung dengan dibiayai oleh PTPTN. Anak keenam telah menduduki PMR dan dah ada tanda2 pula mengambil sabu. Anak ketujuh perempuan berusia 10 tahun masih bersekolah di Sekolah Rendah. Dalam menghadapi suasana kehidupan ini saya merasa kagum dengan ketabahan Pn Zuraini ini walaupun dugaan demi dugaan yang diterima beliau masih sempat menghadiri kelas yang dianjurkan oleh JHEINS (Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah) iaitu mereka namakan Teratak Fitrah yang diuruskan oleh saudara2 kita dari pelbagai bangsa. Beliau mula belajar tentang agama Islam pada Tahun 2007 bermula daripada kosong sehingga tahun ini 2009 Pn Zuraini sudah khatam Al Quran. Betapa gigihnya dia mencari ilmu walaupun dia tidak mendapat apa-apa elaun (atas alasan dia sudah lama memeluk agama Islam) dan jarak dari rumah beliau ke tempat belajar itu agak jauh dan mungkin memerlukan wang tambang yang banyak. Dalam menghadapi masalah Pn Zuraini akan membaca Al Quran dan sholat tahajud di waktu malam dan ini membuatkan dia tenang. Kadang-kadang Pn. Zuraini bermuhasabah diri kenapa kehidupannya sentiasa dirundung malang, apalah agaknya dosa dia sampai dugaan demi dugaan tak putus-putus  dia terima.

Apabila saya merumuskan kembali cerita Pn Zuraini ini, saya berpendapat suami nya tidak melaksanakan tanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak dan akibatnya anak-anak terabai dan mudah terpengaruh. Apabila suaminya meninggal (akibat kemalangan) tidak pula meninggalkan harta atau wang untuk isteri dan anak-anak. Ilmu agama amat penting, disusuli dengan kasih sayang keluarga dan perhatian juga tidak terkecuali.

Syukur….. Alhamdullillah ALLAH itu maha pengasih dan penyayang maka dibukanya hati Pn. Zuraini ini untuk belajar agama. Atas kegigihan beliau ini maka dalam tempoh lebih kurang tiga tahun Pn Zuraini sudah boleh duduk membaca Al Quran bersama-sama dengan orang-orang Islam yang lain (dan tidak mustahil ada juga orang yang dilahirkan Islam tidak tahu membaca Al Quran). Betapa bertuahnya arwah suami Pn Zuraini, sebab isterinya di dunia sudah boleh mengirimkan bacaan Yaasin kepada beliau di alam barzakh sana.

Bagi menangani masalah anak-anak beliau ini, Pn Zuraini sudah menghubungi Agensi Dadah Kebangsaan untuk memohon pertolongan agar anak sulong beliau dimasukkan ke Pusat Serenti untuk pemulihan. Anak kedua masih di hospital sakit mental dan  akan dibiarkan di situ sehingga anaknya itu sihat dan boleh berdikari. Anak keenam akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan air kencing sama ada positif dadah atau tidak. Sekarang ni dia mengharap kepada anak kelima yang sedang belajar dan selalu menasihati anaknya itu agar belajar dan tidak mengikuti jejak langkah abang-abangnya. Dia juga berdoa agar dibuka hati menantu lelakinya menerima keluarganya seadanya. Anak perempuannya yang bekerja itu menitipkan anaknya (cucu Pn. Zuraini) apabila mereka suami isteri keluar bekerja.

Pada saya Pn. Zuraini ialah insan pilihan yang diberi kekuatan, ketabahan dan keteguhan iman oleh Allah s.w.t dan Insyaallah berkat beliau selalu membaca Al Quran dan sholat tak tinggal maka saya yakin suatu hari nanti beliau akan menempuh zaman keceriaan di samping anak-anak beliau Insyaallah.

Apabila melihat kehidupan Pn Zuraini yang dibuang keluarga dan diabaikan oleh keluarga suami, saya sangat bersyukur dengan keluarga saya walaupun kami tidak sama agama tetapi hubungan kami amat rapat dan semua keluarga memahami. Saya tidak ragu-ragu untuk bermalam di rumah keluarga yang beragama kristian sebab mereka akan menyediakan peralatan memasak yang baru yang tidak pernah mereka gunakan. Mereka sediakan peralatan itu untuk kami yang beragama Islam apabila kami datang berkunjung ke rumah mereka (saya mempunyai 9 orang adik beradik – 6 orang kristian dan 3 orang Islam semuanya perempuan). Keluarga sebelah suami juga sangat baik dan akrab dengan saya, boleh bergurau senda dan menerima saya seadanya. Alhamdullillah…..syukur kepada ALLAH.

Posted by: maziati | October 17, 2009

Menjamu jemaah yang membaca Yaasin…..

Kami di Unit Kewangan & Akaun sembang-sembang nak sambut Hari Raya. Masing-masing di minta untuk membawa makanan  (pot luck). Bila teringatkan hari esoknya adalah hari Jumaat maka kami tukar niat kepada menjamu jemaah yang membaca Yaasin. Seronok juga sambil merayakan Hari Raya(kerana masing-masing dah lepas Puasa 6) dan dapat pula pahala menjamu orang makan. Kami pun membuat senarai menu yang akan dimasak oleh sesiapa yang dengan rela hati tanpa paksaan. Ketua Unit kami akan memasak laksa penang , abang ram ayam goreng, imah ayam masak kicap dan laksa trengganu, anis mee hun singapore dan agar-agar buah, nani nasi empet dan kuah kacang, nia kolupis dan ayam masak kari, diana rendang daging, ain nasi minyak, salha sausage goreng, puding dan kuih2 raya, Lsie rojak buah, cella minuman cocktail dan kak ti keropok lekor, kacang goreng  dan pelbagai keropok.

Selepasa saja jemaah selesai membaca Yaasin maka semua berduyun-duyun keluar menjamu selera. Nampaknya menu yang kami sediakan sungguh menyelerakan maklumkan lah disamping kuantiti tidaklah begitu banyak, ianya disediakan dengan seikhlas hati. Tidak sampai satu jam semua makanan yang sedap-sedap habis. Minuman koktail habis dan saya pun tak sempat merasa, kemudian buat lagi milo ais, tak sampai 1/2 jam milo ais pun habis laris. Wah seronoknya tengok mereka berebut-rebut mengambil makanan. Berbaloi penat lelah kita banguan seawal jam 4.00 pagi untuk menyediakan makanan tersebut.

Posted by: maziati | October 14, 2009

Muzakarah

Sahaja Aku Belajar Dan Mengajar Kerana Allah Taala……Kena pasang niat dulu sebelum bermulanya Muzakarah. Begitulah nasihat ustaz.

Kini jabatan kami melalui satu peningkatan ke arah kebaikan dalam mengamalkan nilai-nilai murni. Setiap hari Isnin hingga Khamis sebelum masuk masa kerja iaitu jam 7.30 hingga 8.00 pagi diadakan Muzakarah (iaitu ustaz akan mengambil satu ayat dari Al Quran dan akan menghuraikan dan memberi penjelasan akan erti serta hikmah ayat itu diturunkan). Kehadiran dibuka kepada semua pegawai dan staf. Pada hari Jumaat pulak adalah hari kami membaca Yaasin beramai-ramai dan selepas itu mendengar tazkirah.

13/10 Hari pertama saya hadir kelas muzakarah. Semasa saya masuk,  kelas dah bermula. Saya pun memberi salam dan terus mengikuti kelas. Tajuk yang diperbincangkan pada hari itu ialah Taqwa. Taqwa ialah beriman kepada Allah (iaitu buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang). Lakukan amalan baik berterusan (istiqamah). Untuk meningkatkan iman, buatlah  sholat sunat, puasa sunat, berzikir dan membaca Al Quran. Iman akan tercabut jika berlaku zina, mencuri, membunuh dan yang sewaktu dengannya. Jika kita berwirid dan memperbanyakkan zikir, jiwa dan hati kita akan menjadi tenang (bahagia), diberi kekuatan rohani, dilindungi dan dihindar dari perkara-perkara yang buruk.Iman akan mengekang nafsu kita.

Sembahyanglah di awal waktu. Jangan tidur di waktu malam sebelum sholat isyak. Jangan tidur selepas subuh (mewarisi kepapaan). Kalau nak tidur juga maka tidurlah apabila matahari dah naik. Jangan tidur selepas asar (mewarisi gila). Jangan tidur selepas maghrib. Jika keadaan ini terbabas juga maka cepat-cepatlah bertaubat dan mengharap kemaafan dan keampuanan dari Allah s.w.t.

Orang Islam itu bersaudara. Tolong menolong, bertolak ansur di antara satu dengan yang lain. Iktikad percaya kepada Allah dan Nabi sebagai Rasul.  Pelihara Silaturrahim. Jika kita ada harta bersedekahlah dan utamakan kepada ahli keluarga, adik beradik yang susah yang memerlukan. Ajak kawan-kawan kita untuk berbuat baik (amal makruf nahi munkar).Jika kita melihat orang yang melakukan maksiat, ubahlah dengan tangan atau dengan mulut dan jika kita tak mampu maka ubahlah dengan hati.

14/10 Saya datang awal sikit. Kelas belum bermula. Hari ini sambung lagi mengenai Taqwa. Perbezaan di antara muslimin dan mukminin. Muslimin ialah orang Islam yang hidup sebagai seorang Islam dengan mengerjakan perkara asas dalam kehidupan seorang Islam (contoh: jika orang berbuat jahat kepada dia maka dia juga akan membalasnya dengan kejahatan). Mukminin pulak seorang Islam yang beriman (contoh jika orang buat jahat kepada dia maka orang mukmin ini akan membalasnya dengan kebaikan).Ciri-ciri orang bertaqwa; Allah lindungi, tenang, mendapat ilmu laduni (iaitu Allah beri kita kefahaman dalam agama), mampu membezakan apabila timbul kekeliruan, tidak mudah sedih/gelisah, terpelihara dari tekanan hidup, rezeki sentiasa datang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, dihapuskan segala kesalahan dan diberi ganjaran yang besar, mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Syurga itu diwariskan kepada orang-orang yang bertaqwa.

15/10 Saya terlewat sedikit. Ustaz masih membincangkan mengenai taqwa. Ketakutan hanya kerana Allah.Allah lebih sayang kepada orang Islam sebab itu orang Islam lebih banyak menerima ujian. Kita dilarang dari melihat sihir atau silap mata kerana ditakuti boleh menjadi kufur. Ingat 2 perkara  (1) ingat kejahatan kita kepada orang itu (2) ingat kebaikan orang itu kepada kita. Lupa 2 perkara (1) lupa kebaikan kita kepada orang itu (takut mengungkit) (2) lupa kejahatan orang kepada kita (takut jadi dendam).

Posted by: maziati | October 12, 2009

Open House

Hari Raya tahun ini kami balik ke kampung. Saya ingat lepas raya ni bolehlah rehat sebab masih ada sisa sisa keletihan setelah berjalan nun jauh ke Alor Setanggok Gunung Semangol Perak. Balik ke Labuan pada 26/09 dan pada 27/09 terus mulakan Puasa 6 nak cari pahala lebih. Setelah 5 hari berpuasa,  adalah pulak mesyuarat untuk unit kami dan makan disediakan, tergoda pulak. pada hari Sabtu dan Ahad ramai kawan kawan jemput ke rumah terbuka mereka. tergoda lagi. Pada hari Isnin tak boleh tidak mesti sambung puasa untuk mencukupkan 6 hari. Alhamdullillah.. selesai juga puasa 6 tahun ini. Syukur Alhamdullillah..

Pada 10/10 sambutan Hari Raya untuk jabatan kami diadakan di Pusat Ko. Pelbagai makanan disediakan, seperti nasi empat dengan rendang daging dan ayam, nasi tomato dengan ayam masak merah, nasi putih dengan lauk sambal sotong dan sayur campur, nasi dagang dengan ikan tongkol masak kari, laksa penang, soto, satay, kolupis dan lamban bersama gulai kari daging, kek durian, kek coklat dan kek butter, pelbagai biskut raya, salad buah-buahan dan pelbagai jenis minuman seperti cendol, sirap bandung, air limau asam boy, sirap anggur dan air mineral…wah hebat macam buffet di hotel pulak. Saya hanya sempat merasa kolupis dengan gulai daging, laksa, nasi dagang, soto, salad buah-buahan dan pelbagai jenis minuman dan 2 cucuk satay.

Bila ramai kawan kawan dah buat open house tu suami pun mula berkira kira nak buat juga, katanya nak jemput  kawan kawan  dan jiran sahaja. Kami pun merancang menu yang akan disediakan pada open house kami itu. Kami bersetuju menyediakan soto (memang inilah menu setiap tahun) he he he… nasi putih, udang masak sambal,  chicken wing goreng, sayur campur dan ayam masak peria. Minuman air sirap sahaja. Saya sediakan juga rojak buah (jambu batu, nenas, timun dan apple hijau – kuah rojak saya beli di R&R Tapah  Perak). Saya mula merebus tulang di sebelah malam supaya daging lembut dan tentu sedap dimakan nanti. Chicken wing dan udang saya dah bersihkan dan simpan dalam peti sejuk. Pada 11/10 selepas sholat subuh saya mula membersihkan kawasan luar rumah. Saya dan suami bergotong royong menyapu dan mencuci lantai biar tidak berhabuk dan selesalah tetamu yang datang nanti. Setelah semuanya bersih dan kemas saya pun mengatur langkah ke dapur. Suami pula keluar ke bandar mencari ais dan buah-buahan. 2 pendekar tu masih dibuai mimpi. Bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 1.00 petang semua menu yang dirancang telah siap dimasak kecuali buah-buahan belum sempat dipotong. Suami pula menyediakan air sirap. Saya cepat cepat ke bilik air untuk mandi dan terus sholat zohor. Open house bemula jam 2.00 petang. Belum habis sholat zohor dah ada orang memberi salam, rupanya dah ada kawan yang tiba lebih awal sekitar jam 1.20 petang. Saya tergelak sendiri kerana makanan belum pun sempat di letak di atas meja. Sebelum tu pun ada kawan telefon nak datang jam 1.00 petang tapi oleh kerana saya baru bersiap nak mandi jadi terpaksalah saya minta mereka datang jam 2.00 petang. Oleh kerana kawan ni dah sampai awal maka terpaksalah dia membantu suami meletak letak makanan di atas meja he he he.Selesai sholat,  sekitar jam 1.40 petang kawan kawan, jiran dah mula datang berduyun-duyun sehingga jam 6.00 petang. Setelah tetamu akhir balik saya terus mengemas dan menyapu, menyusun kerusi dan aktiviti mengangkat meja-meja masuk ke dalam untuk di letak di tempat asal. Setelah masuk waktu maghrib saya pun mandi dan sholat. Selesai sholat dan mula mencuci pinggan mangkuk yang masih berlonggok dalam besen, tiba tiba suami memberitahu ada tetamu. Bila saya keluar rupanya jiran yang sengaja datang sebelah malam sebab lebih suka duduk bersembang lama-lama. Maklum sajalah suami saya itu suka melayan dan berbual. Saya sibuk lagi memanaskan sup yang masih ada dan mengoreng chicken wing untuk dimakan bersama nasi. Kemudian datang lagi kawan kawan yang tak sempat datang tadi siang menjadikan tetamu saya di sebelah malam itu 6 orang. Mujurlah kuah soto masih ada dengan daging, bolehlah mereka makan sambil bersembang. Sekitar jam 9 malam mereka pun beredar dan aktiviti kemas mengemas pulak. Sekitar jam 11 malam badan saya terlalu letih dan selesai sholat Isyak saya pun terus tidur. Esok pagi selepas sholat subuh saya sambung semula aktiviti mencuci pinggan mangkuk, periuk belangga yang tergendala malam tadi. Suami pula sibuk mengemas baju kerana terpaksa’ out station’ ke Kota Kinabalu dan esok terbang pulak  ke KL. Saya pula ada mesyuarat di jabatan maka tak dapatlah mengambil cuti rehat. Balik kerja jam 9.00 malam (terpaksa kerja over time sebab banyak baucar menunggu untuk disemak). Balik rumah adalah pula aktiviti mencuci kain baju yang bertimbun yang tak sempat dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Hai nasiblah badan….Anyway penat dan keletihan menyediakan makanan untuk kawan-kawan berbaloi sebab mereka kata soto dan sambal udang yang saya masak itu ada rasa he he he. (mana tidaknya rempah soto muar yang tidak asing lagi tu). Tahun depan Insyaallah menu yang lebih simple tetapi menyelerakan.

Posted by: maziati | October 5, 2009

Sampaikanlah….walaupun satu ayat.

Keluarkanlah bahasa yang baik-baik dari mulut anda nescaya kesudahannya juga baik kerana ia merupakan satu doa. Berbaik sangka adalah sifat mulia dan patut ada dalam diri kita. Menahan diri dari marah adalah sifat terpuji. Saling memaafkan perlu diamalkan dalam kehidupan kita bermasyarakat. Andai sifat-sifat terpuji ini kita amalkan dalam kehidupan kita seharian Insyaallah….. yakinlah.. Allah sentiasa melindungi kita, doa kita termakbul, murah rezeki, sentiasa berlapang dada, bersyukur dengan nikmat Allah dan apa jua yang terjadi dalam kehidupan kita tidak perlu dikesalkan atau dipertikaikan kerana mungkin dengan kejadian atau peristiwa yang kita lalui pada waktu itu (mungkin menyebabkan kita marah, menyesal dan sakit hati) ada hikmahnya yang Allah saja mengetahui segalanya.

Rentetan peristiwa yang boleh diambil sebagai iktibar……..

Balasan baik:

Pada suatu hari, semasa kami balik ke kampung suami, saya dan suami ke Pekan Bukit Gambir mencari sedikit barang keperluan. Suami meminjam van adiknya. Semasa di Pekan seorang apek tua memohon bantuan dari orang-orang yang lalu lalang di Pekan itu agar menghantarnya pulang ke rumah. Apek itu meminta suami untuk menghantarnya pulang. Suami merasa simpati dengan apek ini (kerana dalam hatinya apek ini serupa macam pak mertuanya iaitu mendiang bapa saya). Suami pun bertanya dimana rumahnya, tapi apek itupun tak faseh berbahasa melayu. Apa pun suami berusaha membantu apek itu dan kami pun bergerak menuju ke Kg Sungai Bilah. Dalam perjalanan ada deretan kedai dan suami memberhentikan kereta dan bertanya dengan seorang lelaki cina dan minta dia bertanya dengan apek ini dimana rumahnya. Apek itu bercakap dalam bahasa cina dan lelaki tersebut memberitahu suami rumahnya di Taman Sri Jaya. Kami pun menghantar apek itu ke Taman Sri Jaya dan dia dapat mengenali rumahnya. Apek itu sampai ke rumahnya dengan selamat. Kami pun balik semula ke Pekan. Suami meletakkan kereta di hadapan kedai dan turun membeli capal. Saya dengan seorang anak tinggal dalam kereta. Tiba-tiba anak saya itu menurunkan hand brake dan kereta itu menjunam menuju ke kedai di hadapan dan menghentam pasu-pasu bunga dan pecah. Taukeh-taukeh berlari mendapatkan kami dan masing-masing hendak membantu dan mereka tidak marah sedikit pun walaupun banyak pasu-pasu bunga mereka pecah. Masih saya ingat mereka berkata…Tak apa yang penting you punya anak selamat. Kami pun terus beredar sambil memohon berbanyak maaf  kepada mereka. Dalam perjalanan pulang, kami bercerita mungkin kerana kita telah menolong apek tadi maka kita pun mendapat balasan yang baik. Peristiwa ini masih segar dalam ingatan dan bersyukur kepada Allah atas segalanya.

Hikmah di sebaliknya:

Pada Hari Raya yang lepas kami balik beraya di kampung suami. Selepas Hari Raya kami telah merancang untuk pergi ke Perak menghantar pinangan untuk anak kedua saya dengan gadis pilihan. Pada Hari Raya Ketiga di sebelah petang kami ke Pekan Bukit Gambir untuk mengambil tempahan hiasan bakul dan bekas kek. Dalam perjalanan balik ke rumah, dan kereta berhenti di trafik light tiba-tiba terasa kereta bergegar dan keluar asap. Saya pun memberanikan diri dan membuka pintu kereta dan saya nampak air mengalir dengan banyak. Suami terus meletakkan kereta di tepi dan memasang signal. Saya terus menelepon anak sulong yang kebetulan menuju  ke Pekan Bukit Gambir. Kereta pun diisi air. Kami berjalan perlahan-lahan tapi beberapa minit bergerak temperature naik tinggi. Suami memberhentikan kereta di tepi jalan dan menghubungi suami adiknya untuk mengambil kami balik ke rumah dan kereta di tinggal di Pekan Bukit Gambir. Esoknya suami dan anak sulong ke Pekan Bukit Gambir dan membawa kereta itu ke workshop. Hos radiator perlu diganti kerana sudah reput dan cina workshop itu menasihatkan beberapa benda lagi perlu diganti baru kerana nak berjalan jauh. Suami ikut saja nasihat cina itu dan hanya dikenakan bayaran termasuk upah RM90.00 sahaja. Alhamdullillah syukur……. kalaulah kereta itu tidak meragam sebelum kami ke Perak, apalah yang akan terjadi dalam perjalanan sejauh itu, melalui highway pulak…merentasi beberapa negeri….melalui bukit-bukit. Ya Allah Engkau Maha Mengetahui segalanya…Subhannallah…Walhamdullillah…Wala ilahaillalah…Walahu Akbar…Lahaula Walaquwata illah billahilaliyilaziim…….Sesunguhnya hikmah yang kita dapat dari peristiwa itu besar ertinya bagi saya dan keluarga.

Jangan bertindak melulu tanpa usul periksa:

Pada suatu hari…….. saya dikejutkan oleh seseorang yang menyampaikan berita kurang baik terhadap suami. Individu ini beria-ia agar saya mempercayai kata-katanya dan dengan harapan saya percaya dan tergugat dengan berita yang dia sampaikan itu. Saya dengan selamba menjelaskan kepada orang ini bahawa saya lebih mengenali suami saya, saya tahu di mana dia pergi dan dengan siapa dia pergi, but anyway saya akan tanya kemudian. Tapi yang heran orang ini pura-pura bercakap..tak perlulah bagi tahu suami cukuplah kalau saya tahu. No way man.. saya bukan orang seperti itu, saya ada prinsip… saya tidak percaya dengan sebarang cakap yang tidak masuk akal, siapa tahu ini merupakan fitnah semata yang mahu meruntuhkan keluarga kami yang boleh dikatakan bahagia walaupun tidak kaya. Orang ini mula menyebarkan cerita2 berbau fitnah terhadap suami saya. Rakan-rakan sewaktu dengannya mula percaya dengan cerita2 yang di sebarkan dan mula menyindir-nyindir saya. Sebagai manusia biasa saya pun naik angin masa itu dan saya mengatakan kepada mereka ‘jangan membuat fitnah..Tuhan tu ada…orang yang jahat itu sangat sakit apabila nak mati’.  Mujur saya tidak cepat melatah dan semakin orang ini menabur fitnah semakin saya simpati dengan suami dan berusaha lagi menjaga kerukunan rumahtangga kami hingga akhirnya dia mengalah. Untuk itu jauhilah diri kita dari membuat fitnah sesama saudara kita kerana fitnah itu lebih hebat dari membunuh. Alhamdullillah…. kerana jati diri saya kuat maka saya berjaya menyelamatkan keluarga saya dari menjadi mangsa fitnah orang-orang tak bertanggungjawab. Sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya itu Insyaallah Allah makbulkan.

Older Posts »

Categories