Pilgrim to Mecca ……….

Terbuka hati nak daftar haji pada tahun 1999………………… bersama suami ke Lembaga Tabung Haji dan daftar nama dan dimaklumkan giliran kami pergi menunaikan haji pada 2007.

Kumpul duit sikit-sikit….belajar sikit-sikit berkaitan haji………

Pada tahun 2004 ditawarkan untuk naik haji tapi ongkos belum cukup dan anak-anak masih kecil, maka tolak dulu lah..

Pejam celik pejam celik tahun 2007 pun sampai. Bulan Januari, kami ke Lembaga Tabung Haji. Pegawai tu kata masih awal kumpulan yang pergi naik haji tahun 2006 pun belum habis pulang ke Malaysia. Kami akur. Bulan Februari pergi lagi, pegawai tu tengok nama kami dalam komputer on line.. ada nama kami tersenarai tapi untuk tahun 2008. Saya pun bertanya, kenapa masa kami mendaftar dulu kami sepatutnya pergi tahun 2007. Pegawai tu kata .. sabar.. nanti mereka semak di KL. Seminggu kemudian kami dimaklumkan nama kami adalah senarai menunggu tak confirm lagi. Wah kecewa juga sebab hati dah terbuka untuk menjadi tetamu Allah. Tapi tak apa, pegawai tu hantar surat pada kami untuk hadir kursus haji. Seronoknya hati…tiap-tiap minggu saya hadir kursus kecuali ada halangan yang tidak dapat dielakkan.

Bulan Jun 2007, kami dimaklumkan untuk mencukupkan simpanan di Tabung Haji. Walaunpun dalam senarai menunggu saya dan suami berusaha mencukupkan simpanan kami. Saya keluarkan wang simpanan di ASB dan cukupkan simpanan di Tabung Haji untuk saya dan suami. Saya hantar duit ke Tabung Haji (masa itu suami out station), dan masa itu pegawai itu memaklumkan kepada saya bahawa nama kami dalam senarai confirm pergi. Saya semak senarai yang diluluskan tahun itu  nama kami suami isteri ada di situ, saya pun cepat cepat ke kereta dan menangis sepuas hati, saya bersyukur sangat2. Hati dah lega dan mula membuat persediaan……..

Bulan September 2007 kami diarah ke Hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Kesihatan saya ok..no problem tapi suami saya sangkut. Tahap kesihatan suami saya tidak mengizinkan dia ke Mekah. Saya teramat kecewa tapi masih berharap ALLAH mendengar doa saya. Suami saya dihantar ke Kota Kinabalu, doktor pakar tu kata .. tak boleh pergi….balik ke Labuan doktor pakar tu pun kata tak boleh pergi… Saya terpaksa menyerah dan hanya satu harapan saya, kalau suami saya izinkan saya pergi dengan adik dan iparnya saya akan ke Mekah pada tahun itu. Kami pergi ke Lembaga Tabung Haji dan beritahu suami tak dapat pergi dan saya nak teruskan juga atas izin suami, tapi kata pegawai tu dia akan cuba minta bantuan Lembaga Tabung Haji di Kota Kinabalu untuk mendapat izin doktor pakar di KK. Harapan saya kembali mekar dan beg pakaian sentiasa tersedia.

pada 5 November kami dapat surat untuk taklimat akhir dan injek meningitis pada 08 November 2009. Pada 07 November pegawai Tabung Haji Labuan ‘called’ surat kelulusan doktor pakar sudah difaks. Pada 08 November petang surat  disampaikan semasa taklimat. Bunyi surat…. dengan syarat menjaga kesihatan dan jika perlu menggunakan kerusi roda.

09 September 2007 kami terbang ke Kuala Lumpur dan balik ke kampung.

10 September 2007 keluarga buat kenduri doa selamat.

11 November 2007 bertolak ke Johor, menginap di rumah adik.

12 November 2007 jam 5 pagi bertolak ke Lapangan Terbang Senai untuk penerbangan ke Medinah.

12 November 2007 jam 9.30 pagi terbang ke Medina (8 jam dalam pesawat)..sampai di Medinah dan masuk waktu Maghrib. Waktu di Medinah jam lebih awal dari Malaysia. Saya tinggal sebilik berdua dengan adik ipar dan begitu juga suami berdua dengan suami adik ipar.

13 – 19 November 2007 berada di Medina. Sempat sholat 40 waktu di Masjid Nabi, sholat di Raudhah, di Masjid Cuba, di Masjid Qiblatain. Sempat menziarah ke tempat makam para shuhadah, ke pasar tamar, dan sempat juga menjenguk kedai-kedai di Medinah.

Pertama kali ke Masjid Nabi untuk sholat Isyak. Saya ikut suami dan oleh kerana tempat sholat lelaki dan wanita di asingkan, maka saya pergi bersendirian (adik ipar uzur). Saya menuju ke pintu masjid tempat wanita, dua orang polis arab menunggu di pintu masjid, meraba raba badan kita dan tengok beg kita kalau-kalau ada kamera dan menyuruh saya masuk ke dalam. Oleh kerana pertama kali saya tak nampak lagi tempat orang orang Malaysia berkumpul maka saya masuk dan duduk di celah celah orang orang yang saya tak kenal, badan besar besar macam orang putih hidung tinggi dan mau juga mereka senyum dengan saya. Mereka memakai baju warna kuning air macam uniform bagi mereka (lelaki dan perempuan rupanya mereka itu dari bangsa turki yang mereka panggil turkiyah – saya dapat tau beberapa hari selepas itu). Saya terus sholat sunat tahiyatul masjid. Sampai waktu Isyak saya sholat sunat Isyak (qabliyah) dan sembahyang berjamaah, lepas tu sholat sunak selepas Isyak (ba’diayah), baca zikir. Saya menuju ke tempat air zam zam dan minum bersama sama jemaah lain. (Saya bersyukur kerana masa di Labuan saya biasa sholat di Masjid dan tidak kekok).

Pada esok hari, saya ke Masjid untuk sholat subuh, saya ternampak ramai orang orang Malaysia (saya kenal mereka kerana telekung yang saya pakai sama macam mereka ada nama Malaysia), saya pun tegur. Kawan tu kata dia dari Johor dan mempelawa saya sholat di shaf hadapan. Saya dengan senang hati terus ikut, ternyata di sana ramai orang Malaysia. Alhamdullillah… syukur kepada Allah, setiap waktu saya terus sholat di shaf hadapan. Selama seminggu setiap waktu saya berulang alik ke Masjid, saya terasa macam di tempat saya sendiri. Hari kelapan barulah ipar saya boleh ke Masjid dan berteman lah saya. Masa tu orang dah mula ramai – datang dari berbagai negara di seluruh dunia.

Pada jam sepuluh pagi itu kami semua diarah keluar dari penginapan untuk dibawa oleh mutawif (orang arab). Kami di bawa ke Masjid dan ditunjukkan dimana letak Makam Rasullulah s.a.w (ada kubah hijau) dan kami ikut mutawif itu berdoa. Lepas tu berjalan lagi dan ditunjukan makam baqi. Kemudian kami dibawa masuk ke Raudhah. Orang lelaki dan orang perempuan diasingkan. Saya ikut kawan kawan, masuk ke Masjid dan sampai di satu tempat dua orang polis wanita arab menunggu dan disurh kami duduk. Sambil menunggu saya berdoa minta dipermudahkan untuk sholat di Raudhah. Sampai giliran kami pun di pelawa masuk. Saya pun tak tau dimana letaknya Rhaudah itu. Saya sholat sunat dan berdoa. Polis arab tu terus mengarah kami keluar apabila mereka nampak kita dah selesai sholat. Saya pun berjalan balik dan tanpa sedar air mata saya bercucuran. Saya tak dapat gambarkan masa itu sama ada saya sedih atau gembiran perasaan saya bercampur baur. Saya tak sangka sama sekali saya boleh sampai ke tempat itu. Kemudian saya ditegur oleh seorang kawan (dari Malaysia juga). Dia mengajak saya masuk sekali lagi kerana di kata belum puas lagi bersholat. Saya pun dengan senang hati setuju dan kami masuk di pintu sebelah bersama sama jemaah dari turki. Polis arab tak sempat menahan kami. Saya pun menuju tempat orang ramai bersholat dan saya pun terus sholat sunat lagi dan ternyata tempat itu ialah Rhaudah dan di sebelah dinding itu makam Rasullullah dan para sahabat. Setelah bersholat dan berdoa saya berasa puas dan bersyukur sekali.

Bersama adik ipar saya pergi lagi ke Rhaudah dan saya sempat lagi bersholat betul betul di shaf hadapan tanpa diganggu oleh polis arab. Alhamdullillah…  syukur ya Allah. Sebelum bertolak ke Mekah, kami pergi lagi ke Rhaudah dan bersholat, berdoa di sana.. Alhamdullillah…. sangat2 dipermudahkan.. saya rasa puas sekali…

Pada hari ketiga kami dibawa ke Masjid  Cuba, sholat sunat di sana (pahalnya macam buat Umrah). (Sempat tiga kali sholat di Masjid Cuba- dua kali lagi pergi bersama suami, adik ipar dan suaminya) . Kami dibawa pula ke Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat). Sampai di Masjid Qiblatain orang sangatlah ramai, sebelah wanita menggunakan tangga bergerak. Berebut rebut orang nak naik. mujulah saya masih sihat dan bolehlah bersaing dengan orang bertubuh besar (turkiyah). Sampai di atas saya terus sholat sunat tahiyatul masjid dan sholat sunat yang lain, berdoa dan saya pun beredar bagi peluang pula pada orang lain. Saya turun ikut tangga bergerak. Di sebelah tangga nak naik itu, orang ramai berebut2 dan tiba tiba seorang jemaah bangsa turki tergolek2 dari atas ke bawah dan orang semua menjerit jerit. Saya disebelah tangga rasa seram sejuk dan berdoa semoga saya selamat. (dalam hati saya berkata gagah juga turki ni, dah jatuh dari atas ke bawah masih boleh berdiri dan terus naik tangga lagi) Allahu Akbar…..

Kami dibawa lagi ke satu tempat dimana para syuhadah disemadikan. Tidak jauh dari situ terletak bukit uhud tempat peperangan di zaman nabi. Kami dibawa singgah di kedai menjual tamar dan macam macam jenis manisan. Dalam bas yang kami naik itu ada jemaah membeli buah tamar yang masih mentah sampai 3 kilo (dengan tujuan untuk bawa balik ke Malaysia). Mutawif yang membawa kami itu memaklumkan bahawa buah tamar mentah itu hanya boleh bertahan paling lama 24 jam dan akan buruk. Bila mendengar, jemaah itu cepat cepat membahagi bahagi kepada kami semua yang ada di dalam bas itu untuk di makan. Sedaplah buah tamar yang mentah ni, kelat kelat sikit,  semakin kita makan semakin kita nak lagi.

19 November slepas asar bertolak ke Mekah. Semua jemaah berpakaian ihram dan berhenti di Bir Ali, berniat menunaikan Umrah. (Kami memilih haji tamatuk). Bertolak dari Bir Ali, singgah lagi disatu tempat (dah lupa nama tempat tu) dan turun  makan.Saya dan suami makan nasi briyani kut tapi sedaplah dan minum teh. Bertolak lagi dan singgah di sempadan tanah haram, pasport diperiksa dan sampai di Mekah sebelum subuh sekitar jam 3 pagi. ‘Check in’ di bilik dan berehat sekejap dan esok pagi dibawa ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie seterusnya bertahalul. Kami tinggal sebilik 5 orang dan suami pula sebilik 6 orang. Alhamdullilah rakn sebilik semua baik-baik belaka.

20 November 2007 – 19 Disember 2007 di Mekah. Sepanjang berada di Mekah tugas kami adalah menjaga waktu ke Masjid. Bangun jam 2.30 pg, mandi dan bersiap ke Masjid. Sambil menunggu adik ipar mandi dan bersiap saya sholat tahajud (takut tak sempat buat di Masjid). Jarak tempat penginapan ke Masjid boleh tahan jauh. Apabila dah siap kami pun bergerak ke Masjid bersama suami dan suami adik ipar. Azan pertama kami sudah hampir sampai ke Masjid dan azan kedua barulah sholat subuh bermula. Sampai di Masjid sempatlah kita sholat tahiyatul masjid, sholat sunat taubat, sholat sunat hajat, berzikir, baca quran sehinggalah azan subuh. Selepas azan kita terus sholat sunat dan sholat berjemaah bermula. Lepas sholat subuh kami berdiri lagi untuk sholat jenazah. Setiap waktu ada saja sholat jenazah. Lepas tu rehat sekejap sambil berzikir. Kalau suami rasa sihat kami buat tawaf sunat. Bebrapa kali kami buat tawaf sunat  dan saya berjalan sambil baca surah Yaasin, Al waqiah, Al mulk, Alhamdullillah saya rasa sangat tenang dan sayu sekali bila mengenangkan kembali peristiwa ini (betapa kerdilnya saya berjalan mengelilingi Kaabah yang tersergam, itulah kebesaran Allah membuka hati saya untuk menjadi tetamunya pada tahun itu). Pada satu masa, suami saya tak sihat dan berehat di bilik penginapan, saya dan adik ipar ke Masjid untuk sholat subuh dan selepas itu buat sunat tawaf . Masa itu orang dah semakin ramai, berhimpit himpit mengelilingi Kaabah, tapi Alhamdullillah.. kami dapat buat dengan mudah dan selesa walaupun ada orang yang berjalan menongkah arus kerana mereka nak cuba menuju ke Hajarul Aswad. Itulah dia lautan manusia bergerak sambil berzikir tak henti henti…semoga ibadah kami itu diterima ALLAH amin…

Begitulah aktiviti kami di Mekah…balik berehat sekejap di tempat penginapan dan sebelum waktu zohor kami sholat sunat dhuha di bilik. Jam 11.30 kami pun berjalan kaki lagi ke Masjid. Lepas zohor kami balik untuk makan tengah hari. Lepas makan rehat sekejap dan jam 3.30. petang berjalan kaki lagi ke Masjid untuk sholat asar, maghrib dan terus ke Isyak.

Bila masa kami sempat beli belah untuk ole ole ialah masa pagi balik dari Masjid lepas tawaf sunat atau lepas baca quran. Kadang -kadang kami singgah makan di kedai Indon (makan bakso atau soto ayam… sedap) Kadang kadang beli roti kebab….pun sedap juga. Kadang kadang kami beli roti arab.. sekeping 2 rial besar dan gebu, makan sambil direndam dalam air teh panas…sedap… Semua makanan yang ada di Mekah itu bagi saya sedap sedap belaka, sebab tu sepanjang berada di sana saya sihat tapi adalah batuk batuk sikit sebab mungkin kurang air (sebab cuaca di luar panas dan bila masuk bilik aircond pula sejuk). Sepanjang di Mekah saya selalu beli jus mangga dan jus orange, penuh dengan sarat..sedap.

Kami hanya disediakan makan tengah hari dan makan malam sahaja. Menunya juga bagi saya menyelerakan. Saya kurang berselera makan bila suami saya tak sihat. Macam perkara yang saya kena fikir, Allah saja yang Maha mengetahui.

Sepanjang berada di Mekah, ada satu hari tu semua jemaah dibawa menziarah ke ke tempat-tempat bersejarah seperti melihat dari jauh gua tempat bersembunyi Nabi s.a.w bersama saiyidina Abu Bakar.r.a ketika dikejar musuh (betul-betul hutan batu langsung tiada pokok-pokok, cubalah kita bayangkan masa itu anak Saiyidina Abu Bakar r.a. Asmah pergi menghantar makanan untuk nabi dan bapanya. Itu barulah pengorbanan yang begitu mencabar. Bertolak lagi menuju ke Jabal Rahmah, satu bukit diman pertemuan di antara Nabi Adam dan Hawa. Ramai orang berdoa di bukit itu untuk cepat mendapat jodoh.

Satu hari lagi tu kami dibawa  ke tanah halal, iaitu di masjid hudaibiah. Kami semua memakai ihram dan berniat dari sana untuk mengerjakan umrah sunat. Kami sempat sholat sunat di masjid itu.

19 Disember 2007 selepas Asar  bertolak ke Arafah. Sebelum bertolak kami bersiap, mandi sunat ihram, sholat sunat ihram dan memakai pakaian ihram dan berkumpul di luar bilik penginapan dan berdoa bersama sama, berniat mengerjakan Haji. Kami bertolak menaiki bas ke Arafah. Pemandangan ke Arafah itu boleh tahan menarik juga, walaupun disana sini padang pasir dan hutan batu. Sebelum sampai ke Khemah kami, beberapa jemaah dari negera lain sudah sampai dan mereka mendirikan khemah masing masing. Mereka datang dengan keluarga dan memasak sendiri. Sampai di khemah, kami ditempat 10 orang untuk satu khemah, tapi oleh kerana khemah itu disambung sambung di antara satu dengan lain maka kesemua jemaah di dalamnya ada 40 orang. Bayangkanlah 40 orang dengan beg pakaian dan bermacam karenah manusia. Syukur saya boleh membawa diri saya menghadapi situasi itu dan saya habiskan masa saya untuk membaca Alquran atau berzikir. Sampai masa untuk sholat kami sholat berjemaah dan sehinggalah esoknya sebelum zohor, ada khutbah dibacakan oleh Ustaz dan masuk waktu zohor kami sholat berjemaah(jamak tamam dengan Asar). Selepas itu semua jemaah dinasihatkan berdoa dan berzikir hingga masuk waktu asar, kerana waktu itu doa kita makbul.

20 Disember 2007 selepas maghrib bertolak ke Muzdalifah.Kami bertolak dengan bas  ke Muzdalifah. Di situ kami mula mengutip anak anak batu (sebanyak 70 biji) 7 batu untuk melontar di jamratul aqobah pada 10 zulhijah, 21 batu melontar pada hari ke 11 zulhijah (jamratul ula, usta dan aqobah) 21 batu untuk melontar pada hari ke 12 zulhijah dan 21 batu lagi melontar hari ke 13 zulhijah. Kalau kita kutip lebih pun tak apa dan kutip batu itu pun kena tengok betul betul takut takut terkutip tahi unta nanti tidak sah pula. Sebab tu masa nak cari batu mesti ada lampu picit. Pada waktu malam di Muzdalifah, sangat indah. Bulan di awan macam lampu tergantung di langit, besar dan kelam kelam cahayanya, bintang berkerlipan dan suasana sejuk saja. Sampai waktu subuh kami sholat berjemaah. Selepas sholat subuh kami ramai ramai menunggu bas ke Mina tetapi telah ditakdirkan bas lambat dan semuanya penuh., sehingga jam 11.00 pagi baru kami dapat bas ke Mina. Masa itu matahari sangat terik dan tidak ada pokok pokok  untuk berlindung, orang lelaki pula berihram, memang mencabarlah keadaan masa itu.

21 Disember 2007 sebelum zohor bertolak ke Mina. Di Mina kami ditempatkan  di khemah yang menempatkan lebih kurang 60 orang jemaah. Jemaah wanita ini sukar untuk diatur. Beg pakaian tidak boleh jauh sikit dari tempat tidur, jadinya kita nak tidur pun terpaksa membengkokkan badan, kaki tak boleh nak lurus, memanglah kena sabar banyak2. Kalau nak mandi atau buang air pun kena sabar lagi sebabnya nak masuk ke tandas tu kena berbaris macam naik bas. Bila sampai giliran kita pula, orang di luar tu bising2 pula, katanya tandas tu untuk buang air kecil dan buang air besar saja, tak boleh nak mandi lambat. Saya buat tak dengar saja, buat apa yang patut, mandi lebih kurang, ambil wudhu dan keluar. Kalau kita layan karenah manusia ni, buat kita stress saja. Di Mina suami saya mula tak sihat, mungkin berpanas di Muzdalifah sebelum tu.

10 Zulhijah, jam 8 malam, melontar jamratul Aqobah. Rombongan kami dibawa untuk melontar ke Jamratul Aqobah pada 10 zulhijah lepas isyak. Di awal perjalanan saya dan suami, adik ipar dan suami jalan saing2, tapi bila balik dari melontar tu saya dan suami tertinggal jauh dari rombongan sebab suami tak boleh jalan laju2 macam mereka yang sihat2 tu. Saya tak kisah, saya pegang suami dan berdoa agar kami selamat sampai ke tempat penginapan. Sampai di hujung terowong saya dah mula serba salah, saya beranikan diri bertanya dengan satu kumpulan jemaah Malaysia (pakej), tapi alangkah hampa rasa hati, mereka tidak begitu friendly dan tidak membantu. Saya pergi lagi tanya seorang pemuda yang memegang bendera Malaysia, dia dengan baik hati menunjukkan kami pintu masuk ke khemah penginapan. Saya terus hayati arah2 yang kami lalui dan Alhamdullillah kami sampai dengan selamat.

11 Zulhijah, kami pergi melontar lagi. Ketua rombongan tu kata boleh pergi dengan keluarga. Oleh kerana masih letih dan petang tu suami baru keluar dari klinik (dimasuk air sebotol) kami memilih pergi selepas isyak. Kami berjalan (boleh tahan jauh), bila pergerakan mula menaiki bukit, suami mula mengah dan muntah muntah. Ya ALLAH, betapa risaunya hati, tapi tetap berdoa agar semuanya dipermudah dan dapat melontar dengan selamat. Saya bawa suami berehat di tepi tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan. Apa bila pernafasan suami saya tenang sedikit, kami mulakan lagi perjalanan menuju ke tempat melontar. Alhamdullillah… apabila sampai di tempat melontar pertama( jamratul ula), dengan mudah saja dapat tempat ditepi dan terus melontar, kemudian bergerak ke jamratul usta dan sehinggalah ke jamratul aqobah. Syukur…suami pun boleh mengerjakan dengan mudah. Saya tetap berjalan di sebelah suami dan seperti malam sebelumnya, kami jauh tertinggal di belakang tapi saya tidak risau lagi sebab saya masih ingat jalan ke tempat penginapan. Selain saya dan suami ada lagi pasangan yang lebih tua dari kami juga jauh tertinggal dan pak cik tu jalan termengah2 manakala si isteri setia menemani. Masa itu masing2 nak jaga diri sendiri. Mereka yang muda dan sihat berjalan dengan gagah tanpa memperdulikan mereka yang lemah, uzur dan tua. Oleh itu bagi jemaah atau orang tua kita yang telah tua dan lemah, jangan dibiarkan ke Mekah sendirian, bawalah anak yang boleh membantu kita terutama sekali ke tempat melontar.  Dalam perjalanan tu beberapa kali suami berhenti rehat, walaupun polis arab tidak membenarkan kami berhenti terutama sekali di laluan terowong. Lebih kurang jam 11 malam barulah kami sampai di tempat penginapan. Sampai di khemah semua orang dah tidur.

12 Zulhijah, selepas sholat subuh saya ke khemah suami dan bila saya selak pintu khemah, saya tengok suami masih tidur dengan nyenyak. Saya balik ke khemah dan duduk bersarapan dengan adik ipar dan kawan2. Selepas sarapan saya ke khemah suami lagi dan dia dah bangun tengah bersarapan dengan kawan2. Saya bertanya suami sama ada dia boleh pergi melontar hari tu suami kata ok. Saya pun rasa lega dan balik ke khemah. Belum sempat masuk ke khemah suami adik ipar memangil saya dan berkata sebenarnya suami saya masih terlalu lemah dan tidak boleh pergi melontar dengan keadaan kesihatan macam tu dan minta saya memujuk suami untuk mewakilkan siapa2. Saya terus ke khemah suami dan slow talk.. dalam keadaan kesihatan dan jarak perjalanan yang agak jauh, naik bukit walaupun tidak tinggi, melalui terowong, saya minta suami berjumpa dengan ustaz Tabung Haji dan doktor di klinik. Suami akur dan dia wakilkan saya untuk melontar hari ke 12 zulhijah. Saya dengan senang hati dan dengan seikhlas hati membantu suami. Saya bergerak dengan pantas bersama dengan adik ipar dan suaminya, menuju ke tempat melontar di sebelah atas (untuk jemaah Malaysia, Indonesia dan Thailand), dan pergi pula ke sebelah bawah (untuk jemaah Turki, Afrika, Iran, Iraq dan yang sesaiz dengannya) untuk melontar bagi pihak suami. Alhamdullillah dengan mudahnya saya mengerjakan semua itu walaupun saya berada di kumpulan orang orang turki dan orang kulit hitam. Bagi saya mereka baik2 belaka. Apabila sampai ke khemah penginapan saya terus menjenguk suami dan dia sedang berehat dan beransur pulih.

13 Zulhijah, hari terakhir kami pergi melontar. Kami pergi di sebelah pagi. Suami masih lemah tapi berkeras juga nak pergi melontar sendiri pada hari yang terakhir itu. Saya akur dan berjalan perlahan-lahan bersama suami ke tempat melontar. Walaupun kami memakan masa yang lama untuk pergi dan balik, akhirnya selesai kerja-kerja melontar di hari terakhir. Petang itu suami dimasukkan ke klinik lagi dan dimasukkan air lagi 2 botol. Saya reda dengan ketentuan Allah dan bersabar dengan situasi yang saya hadapi. Esoknya kami pun bersiap untuk balik ke Mekah. Beberapa bas sedia menunggu. Kami sampai di Mekah selepas zohor. Oleh kerana masa menunggu dan perjalanan agak perlahan masing-masing kami terasa lapar. Suami yang masih tidak sihat, adik ipar dan suami pun masih lemah maka saya terfikir sendiri, kalau saya tidak keluar membeli makanan macamana nanti suami nak makan. Rakan-rakan sebilik dah keluar membeli makanan masing masing. Saya sarungkan telekung sembahyang, pakai stokin dan kasut, saya minta izin suami untuk keluar membeli nasi di restoran arab. Tiada pilihan, suami membenarkan saya pergi. Saya berdoa agar saya selamat dalam perjalanan. Alhamdullillah….saya berjalan dengan pantas menuju ke restoran arab membeli nasi dan ayam golek. Lepas beli saya terus balik ke tempat penginapan dan mengajak mereka makan bersama-sama.

Kembali dari Mina kesihatan suami semakin lemah dan batuk tak berhanti henti, panas badan pula. Saya bawa suami ke klinik dan petang itu suami dimasukkan lagi air sebotol. Saya semakin gelisah kerana kami masih dalam ihram, belum selesai tawaf dan saie haji lagi. Bila keesokan harinya kesihatan suami semakin pulih dan dapatlah ke Masjid untuk membuat tawaf  dan saie haji, seterusnya bertahalul. Alhamdullillah…..selesailah tangungjawab kami.

Pada malam 27 Disember 2007 kumpulan kami dimaklumkan akan bertolak ke Jeddah pada esoknya 28 Disember 2007. Sebelum bertolak ke Jeddah kami diwajibkan ke Masjid untuk buat tawaf wida iaitu tepat jam 11.00 pagi. Malam itu kami berkemas sakan. Esok pagi jam 9.30 pagi saya dan suami bertolak ke Masjid ,adik ipar dan suami pula pergi kemudian. Saya membawa suami lebih awal kerana saya nak ajak suami bersholat sunat di masjid kerana hari itu adalah hari terakhir kami di Masjidil Haram. Sampai di Masjidil Haram kami mengambil tempat di bahagian tengah. Sholat sunat dan berzikir dan tepat jam 11.00 pagi saya dan suami mengerjakan tawaf wida. Baru berjaya mendapat empat pusingan, azan zohor sudah berkumandang. Kami pun berhenti untuk sholat zohor. Lepas sholat zohor saya ajak suami ke bahagian atas sekali (bumbung) dan mengerjakan tawaf (3 pusingan lagi). Di bahagian atas, walaupun berjalan di bawah panas matahari tapi kita boleh berjalan dengan pantas. Selesai tawaf wida kami bersholat sunat dan itulah kali terakhirnya saya bersholat di Masjidil Haram. Selesai semuanya saya dan suami kembali ke tempat penginapan tanpa singgah di mana-mana kerana itulah syarat yang telah ditetapkan. Sampai di tempat penginapan kami pun mengambil barang-barang dan turun ke bawah untuk menunggu bas ke Jeddah. Alhamdullillah….perjalanan ke Jeddah lancar sahaja. Kami sampai dengan selamat. Sampai di Jeddah kami ditempatkan di bangunan semacam asrama, satu bilik ditempatkan lebih kurang 20 orang dengan katil bertingkat. Mujurlah kami sampai awal dan dapatlah saya tidur di katil sebelah bawah. Malam itu kami diminta mengurus barang-barang sendiri untuk di timbang dan jika ada yang terlebih kena bayar.

Esoknya 29 Disember 2007 pagi selepas sarapan kami bertolak ke airport Jeddah untuk jemaah haji. Sampai di airport kena tunggu lagi, dan sambil menunggu, sempat lagi saya sholat sunat dhuha. Sebelum waktu zohor kami dipanggil masuk ke bilik menunggu, dan oleh kerana ramainya orang, maka memakan masa sehingga waktu zohor. Saya sholat zohor, asar, maghrib dan Isyak  dalam kapal terbang. Pagi jam 4.00 pagi kami sampai di lapangan terbang Senai. Sampai di lapangan terbang kami diminta tunggu lagi, untuk memunggah beg-beg dan jemaah dinasihatkan untuk sholat semula jika sholat yang kita lakukan dalam kapal terbang tadi itu sholat menghormati waktu (iaitu sholat tanpa wudhu). Sekitar jam 5.30 pagi kami pun diarah keluar dan keluarga masing-masing sedia menunggu. Saya dan suami berjalan keluar , saya mencari anak-anak saya. Rupanya anak sulung dan anak nombor tiga masa itu sedang mencari parking dan saya ternampak anak bungso senyum senyum melihat kami (agaknya dia gembira menyambut kami selamat balik ke tanah air), anak nombor dua dan anak nombor empat pula menunggu di kampung sebab tidak cukup kenderaan untuk pergi ke airport. Sebelum sampai ke rumah adik ipar, kami singgah di Masjid berhampiran untuk sholat subuh. Sampai di rumah adik ipar, hari dah siang. Selepas sarapan kami pun bertolak ke kampung mak mertua di Gersik, Muar. Pada 31 Disember 2007 kami bertolak ke KL dan menginap di Hotel Empress. Esok pagi 01 Januari 2008 kami bertolak balik ke Labuan. Alhamdullillah…….. pada 07 Januari 2008 saya dan suami kembali bekerja dan kawan2 mula memanggil kami haji dan hajjah. Saya sebenarnya  tidak kisah langsung panggilan hajjah , bagi saya panggilan kak ti lebih mesra dan selesa, tapi saya tetap tidak menghampakan mereka kalau panggilan itu adalah penghargaan mereka kepada kami.Alhamdullillah….. saya dah menunaikan rukun Islam 5 perkara……pertama mengucapkan kalimah syahadah, kedua mendirikan sholat, ketiga berpuasa, keempat menunaikan zakat dan kelima mengerjakan Haji di Baitullah….(teringat lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Rukun Islam 5 Perkara).Ya ALLAH….kurniakanlah aku dan keluargaku kesihatan tubuh badan, rezeki yang luas dan kelapangan masa untuk berkunjung lagi ke tanah suciMu di Madinah Al munawarah dan Mekah Al mukaramah amin…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: